Anwar pertahan keputusan tukar Khalid...Guan Eng bimbang Pakatan Rakyat retak
Sejak Jumaat bila Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang bersuara menentang keputusan PKR mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Ismail ganti Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor,semua orang menunggu nak dengar apa Datuk Seri Anwar Ibrahim nak cakap.
Tunggu punya tunggu twitternya sepi..begitu juga blog rasminya.
Yang bersuara mempertikaikan kenyataan Haji Hadi cuma dua orang kepercayaan Anwar yakni Rafizi Ramli dan kemudian Saifuddin Nasution.
Kemudian awal pagi Ahad....mereka mendapat kejutan selanjutnya bila Datuk Nik Aziz Nik Mat pula bersuara mendokong penuh kenyataan Haji Hadi mahu Khalid kekal Menteri Besar.
Senarionya nampak cukup berserabut dalam Pakatan Rakyat menghadapi suasana yang cacamarba ini hinggakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyuarakan kebimbangan Pakatan Rakyat boleh retak.
Lewat petang Ahad baru Anwar muncul dari kesepiannya.
Sumber-sumber PKR kata dia dengar cerita Ketua Umum PKR itu sendiri terkejut dan tidak menduga beliau berdepan dengan penentangan terbuka dari dua pimpinan utama PAS.
Kalau tengok di atas kertas setakat ini,tanpa sokongan PAS yang mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Selangor,Anwar tidak mungkin dapat penuhi hajatnya tolak masuk isterinya jadi Menteri Besar.
Sekalipun DAP sokongan langkah Anwar itu namun jika beliau cuba bulldoze juga kemungkinan Pakatan Rakyat yang selama ini nampak macam utuh pasti akan berkecai.
Namun Anwar tetap Anwar.Beliau cuba menampilkan diri seolah relaks saja dalam menghadapi saat getir ini.
Kenyataan yang dibuatnya tidak panjang.Cuma tiga peranggan sahaja.
Cukup anih Anwar tidak berani sentuh langsung isu penentangan Nik Aziz dan Haji Hadi terhadap usaha PKR hendak ganti Khalid.
Sebaliknya beliau cuba untuk mempertahankan keputusan untuk tukar Khalid sebagai Menteri Besar.
Katanya Khalid sudahpun diberitahu beliau akan diganti sejak bulan Mac lalu.
"Khalid Ibrahim telah diberitahu sejak Mac 2014 dan (penganti) Wan Azizah secara rasmi telah dikemukakan kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat minggu lalu ( mesyuarat di bangunan Parlimen 23 Julai).
Anwar juga seolah hendak menolak andaian isu ini akan pecah belah Pakatan Rakyat.
Katanya beliau percaya Pakatan Rakyat akan kekal sebagai satu gabungan.
Menurutnyta perubahan itu selaras dengan Langkah Kajang yang diputuskan oleh pimpinan PKR pada 15 Januari lalu.
Betulkah Pakatan Rakyat tidak tergugat dengan isu ini?
Guan Eng dalam perutusan sempena Hari Raya macam sudah terasa bahang panasnya.
Beliau bimbang pada bibit-bibit itu bila mana salah sebuah komponen Pakatan Rakyat (yakni PAS) tidak mahu terima pandangan yang dipersetujui bersama.
"Jika keputusan yang kita capai bersama dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat boleh diketepikan begitu sahaja oleh sebuah parti maka survival dan kredibiliti Pakatan Rakyat akan terus terjejas,"katanya.

Comments