Hanipa atau calon PH akan diajar pengundi Sepang

 Sama ada Hanipa Maidin atau sesiapa sahaja mewakili PAN pada PRU 14, mereka pasti akan diajar oleh pengundi-pengundi  Parlimen Sepang.

Ini gara-gara bebiadapan dan celuparan Hanipa  ketika membahaskan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 pada di Parlimen Khamis lalu apabila menyebut ‘ Kalau saya Tuhan’.

Ketua Pemuda PAS Sepang, Mohd Nazwan Saidi berkata, dengan sikap  sedemikian, Hanipa atau sesiapa sahaja dicalonkan mewakili PH di kerusi parlimen itu pastinya akan diajar secukup-cukupnya oleh pengundi Sepang dengan tidak memberikan undi dalam PRU nanti.

Katanya, kebiadapan dan keceluparan Hanipa bukan sahaja memberikan imej tidak baik kepada kemuliaan Institusi Parlimen Malaysia, tetapi telah  menghina Allah S.W.T dan agama Islam.

“Dengan sikap itu, saya mewakili Pemuda PAS Sepang dan percaya seluruh anak muda Sepang berasa amat kesal dengan beliau yang sepatutnya menunjukkan sikap yang lebih profesional dan beretika sebagai seorang pemimpin Islam,” katanya seperti dilapor lidah rasmi parti itu..

Tambah beliau, PAS bersyukur kerana orang seperti beliau telah tidak lagi bersama parti itu.

Mohd Nazwan dalam kenyataannya berkata, PAS tidak pernah mengajar ahlinya untuk bersikap dan berperangai biadap sedemikian.

“Saya cukup yakin dan percaya bukan sahaja ahli-ahli pemuda PAS Sepang yang telah melihat sikap beliau itu, tetapi seluruh pengundi Sepang dan rakyat Malaysia termasuklah penyokong PH sendiri telah melihat sikap tidak senonohnya,

Pemuda PAS Sepang dalam pada itu katanya mengucapkan  tahniah dan syabas kepada ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali  yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin Muslim dengan menegur kebiadapan dan keceluparan Hanipa.

Beliau juga menggesa Hanipa, beristighfar dan bertaubat.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL