Azmin... wajah diktator masa depan

Rakyat Malaysia sepatutnya sudah serik hidup di bawah rejim kuku besi dan tertutup selama 22 tahun. Bukan tugas mudah untuk memaksa Tun Mahathir Muhamad berundur.

Bukan sahaja parti-parti-parti pembangkang, aktivis masyarakat dan ahli akademik sahaja yang menjadi mangsa beliau, bahkan UMNO dan BARISAN NASIONAL (BN) juga tercalit sama sehingga terpaksa menanggung bebannya sehingga ke hari ini.

Kini rakyat Malaysia harus lebih berhati-hati. Diktator tidak cuma seorang dan tiada jaminan bahawa tidak lahirnya diktator yang baharu. Sosok diktator itu pula tidak semestinya lahir hanya daripada UMNO atau BN sahaja, tetapi diktator juga lahir daripada parti pembangkang juga.

Dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin, kita sudah dapat lihat bayang-bayang kediktatoran itu. Sikap angkuh dan tidak menghormati peraturan adalah antara ciri-ciri diktator baharu yang bakal lahir.

Paling jelas wujudnya sikap keras dan kuku besi itu ada pada MB Selangor yang juga ahli parlimen Gombak, Azmin Ali. Beliau telah diberi peluang untuk berhujah selama 10 minit dan mendakwa tempoh itu tidak cukup serta menuduh pula Yang Di-Pertua Dewan Rakyat tidak adil serta tidak menghormati Perlembagaan.

Azmin sebenarnya tahu, keadaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor adalah lebih teruk. Banyak isu yang disorokkan, bahkan apabila timbul isu penting seperti krisis air atau skandal tanah Ijok, semuanya cuba disembunyikan. Caranya adalah menggunakan speaker dewan dan menutup atau menyingkatkan tempoh perbahasan.

Di dalam parlimen kelmarin, dengan nada garang dan bongkak, selain memperkecilkan Tuan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Azmin juga memperlekeh mana-mana ahli parlimen lain yang cuba mendapatkan penjelasan. Antara yang beliau herdik seperti seseorang itu tidak bermaruah termasuklah ahli parlimen Sungai Besar, YB Budiman Mohd Zohdi.

Umum mengetahui bahawa Budiman bukanlah berperwatakan keras. Beliau seorang yang selalu lembut serta bersahaja. Namun beliau terpaksa bangun untuk mendapatkan penjelasan apabila Azmin menuduh bahawa persempadanan semula yang dibincangkan sebagai “tidak berpelembagaan”.

Azmin terus menuduh Budiman sebagai “pengkhianat” dan pelbagai kata-kata untuk merendah-rendahkan Budiman. Anehnya apabila Budiman bangun untuk mendapatkan penjelasan, Azmin pula tidak memberikan peluang sama sekali. Di sinilah sikap kuku besi dan kediktatoran Azmin dapat dilihat oleh rakyat.

Akhirnya dalam keadaan terdesak, Budiman hanya dapat melontarkan kata-kata bahawa Azmin menjadi MB juga dengan cara yang ‘haram’ melalui “Langkah Kajang”. Strategi politik di dalam “Langkah Kajang” itulah yang tidak demokratik dan tersasar jauh daripada perlembagaan.

Azmin tergamam. Tidak dapat mendapat menjawab sehingga ada ketikanya dia langsung tidak mahu memandang wajah Budiman. Ketika pembesar suara di hadapannya sudah dipadam kerana beliau sudah habis waktu untuk berhujah, Azmin masih terus terpekek-terlolong.

Semakin jelaslah wajah Azmin sebagai diktator dalam pembikinan. Kalau beliau masih diberi peluang, kukunya akan lebih tajam. Lebih-lebih lagi kita mengetahui bahawa Azmin adalah anak angkat kepada Dr Mahathir. Azmin pasti meniru gaya keras, kuku besi dan diktatornya seorang Dr Mahathir.

Terpulanglah kepada pengundi di mana kawasan Azmin bertanding nanti. Hanya pengundi di sana dapat menyelamatkan Malaysia daripada seorang gergasi yang semakin hari semakin tajam taring serta kukunya, bernama Azmin Ali.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana