NAK CAKAP PASAL MALU? TINDAKAN ‘U-TURN’ MAHATHIR TERHADAP DAP LEBIH MALU!
Walaupun hasrat Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk kembali menjadi Perdana Menteri pada usia 93 tahun dilihat bakal meletakkan Malaysia sebagai bahan ketawa dunia, namun satu perkara lagi yang beliau perlu lebih berasa malu adalah berhubung pusingan U semata-mata untuk menjalinkan hubungan dengan DAP.
Bekas pengasas PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, jika orang lain pastinya berasa amat malu tetapi lihatlah Dr. Mahathir, dahulu Penasihat DAP, Lim Kit Siang digelarnya rasis, pelampau perkauman tetapi kini mereka ibarat ‘pasangan merpati dua sejoli’.
Bukan itu sahaja, katanya, mereka yang digelar beliau dengan pelbagai gelaran itu juga pun dua kali lima kerana setelah melabel Dr. Mahathir dengan gelaran diktator, ‘maha zalim’ dan ‘maha firaun’ tetapi akhirnya sanggup bersama-sama demi agenda politik masing-masing.
Tambah Kamarul Azman, sifat tidak tahu malu itu juga yang menjadi pendorong kepada Dr. Mahathir untuk terus berusaha meletakkan anak tersayang di tempat yang tidak setaraf dengan kelayakan.
“Saya sifatkan beliau sebagai seorang pemimpin mudah lupa yang tidak tahu malu kerana tidak menepati janjinya untuk tidak mengganggu kepemimpinan kerajaan ketika beliau melepaskan jawatan 15 tahun dahulu.
“Orang Melayu sepatutnya berasa malu kerana mempunyai seorang bekas pemimpin seperti beliau yang begitu gila kuasa walaupun pada usia di mana dirinya mudah untuk dijadikan ‘kuda tunggangan’ DAP,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
Beliau yang juga bekas Setiausaha Kerja PPBM berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan terbaharu Dr. Mahathir di chedet.cc bertajuk MALU.
Sementara itu, Kamarul Azman berkata,Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu terkesan dengan serangan bertalu-talu Dr. Mahathir kerana beliau sebenarnya hanya menjadi mangsa propaganda kepada seorang bekas pemimpin yang ‘terlupa’ makna malu. – UTUSAN ONLINE

Comments