Maria Chin yang tidak ‘bersih’....Lagi Nak Memperbodohkan rakyat Malaysia Lagi

Bekas Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah sah bertanding dalam pilihan raya umum akan datang di bawah tiket PKR. Cuma kawasannya masih belum ditentukan, dan soal kemasukannya ke dalam PKR hanya akan dibincangkan selepas PRU.

Maria berkata, sebab utama beliau mahu bertanding adalah untuk memperjuangkan agenda reformasi yang dibawa Bersih, dan berharap agenda ini menguntungkan rakyat.

Dalam pada itu, Bersih, yang kini diketuai Jawatankuasa pemandu, dalam satu kenyataan berkata ia akan terus berjuang menuntut pilihan raya yang adil terutamanya pada PRU ke-14 akan datang.

Ertinya, sistem pilihan raya di negara ini masih belum mencapai tahap yang bersih sebagaimana dituntut oleh NGO ini, termasuk bekas pengerusinya Maria Chin.

Persoalannya, apakah logiknya Maria masuk bertanding sekarang di dalam gelanggang yang tidak rata, dengan pengadil yang berat sebelah memihak kepada parti pemerintah, seperti yang didakwanya?

Mestikah Maria Chin khasnya, atau Pakatan Harapan umumnya, diberikan kemenangan baharulah pilihan raya di Malaysia boleh dikatakan adil dan demokratik?

Jika Pakatan menang, adakah Bersih dan Maria Chin akan menganggap ia keputusan yang adil, dan Bersih tidak perlu diteruskan, walaupun kononnya agendanya belum selesai?

Ternyata Maria telah menggadaikan prinsipnya sebagai sebuah gerakan yang sepatutnya bukan partisan dan fokus kepada reformasi sistem pilihan raya dan membawa nilai demokratik.

Mungkin beliau yang sebelum ini begitu tegas mengatakan tidak akan masuk politik, merasakan imejnya sekarang sudah mencapai suatu ketinggian yang boleh dieksploitasikan untuk keuntungan peribadinya.

Samalah seperti Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack yang menyertai serta bertanding di bawah panji-panji DAP, selepas mendapati dirinya dikenali ramai berikutan pembabitannya dalam gerakan anti-Lynas Corporationnya, seterusnya dilamar oleh DAP.

Yang anehnya Lynas tidak pun beroperasi di Parlimen Bentong, tempat Wong Tack mengadu nasibnya dalam PRU yang lepas. Beliau bagaimanapun tewas.

Apabila menyertai politik, Maria Chin hilang kewibawaannya sebagai seorang aktivis yang kononnya berkecuali, sama seperti Wong Tack. Malah, imej Bersih turut tercalar dengan tindakan bekas pemimpin ikoniknya itu.

Maria Chin sekarang ini tidak lagi ‘bersih’ kerana berkecimpung dalam dunia politik yang belum bersih. Beliau dilihat tidak lebih dari seorang opportunis-harga dirinya sanggup dijual apabila tawarannya baik. Sebelum ini tak jual sebab tiada tawaran, atau harganya tak memuaskan.

Sifat opportunisnya dibuktikan sekali lagi apabila beliau tidak pun masuk PKR. Ini ternyata helahnya untuk meminta sesuatu apabila menang kelak. Jika kalah, PKR tak perlulah mengharapkan Maria Chin nak ‘join’.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL