“MAHATHIR JANGAN BUAT-BUAT LUPA”

Pindaan Akta Pertubuhan 1966 selepas krisis UMNO 1988 bagi memasukkan peruntukan Seksyen 18 (C) adalah bukti kukuh campur tangan kerajaan pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu dalam urusan undang-undang berkaitan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Peruntukan yang menghalang hal dalam parti daripada dirujuk ke mahkamah itu secara langsung mematahkan hujah terkini bakal Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP yang menyatakan peranan ROS ketika era pemerintahannya adalah bebas tanpa dihalang kerajaan.

Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin menjelaskan bahawa, seksyen berkenaan juga secara jelas mencerminkan betapa terdesaknya Presiden UMNO ketika itu dalam mempertahankan kedudukannya.

“Pindaan kepada Akta Pertubuhan itu secara jelas menunjukkan bahawa Dr. Mahathir campur tangan dalam urusan ROS selepas krisis UMNO 1988.

“Jadi kalau hari ini Dr. Mahathir berkata, ROS pada zamannya adalah bebas berbanding sekarang, itu tidak berasas sama sekali,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP melalui artikel bertajuk ‘DULU DENGAN SEKARANG’ di blognya, chedet.cc melabel ROS kini sebagai alat kerajaan untuk mengganggu parti lawan.

Krisis UMNO 1988 berpunca daripada konflik di antara Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah di mana kedua mereka bersaing merebut jawatan Presiden UMNO pada tahun 1987.

Akibat pertembungan itu, terdapat beberapa ahli UMNO yang merujuk hal berkaitan ke mahkamah dan akhirnya hakim memutuskan UMNO dibatalkan pendaftarannya.

Dalam pada itu, Anina yang juga bekas pengasas PPBM turut memuji tindakan Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim yang dilihat tegas dan mempamerkan tahap profesionalisme yang tinggi sebagai seorang penjawat awam.

Ujarnya, Surayati telah melaksanakan tugas yang dipikul berdasarkan peruntukan undang-undang negara.

“PPBM adalah komponen Pakatan Harapan. Bagaimanakah pakatan itu boleh diluluskan sekiranya isu perlembagaan salah satu parti komponen belum lagi selesai.

“Saya cuma nak minta Dr. Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz agar tidak terus menafikan kesalahan sendiri,” katanya sinis. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana