PORTAL PRO PEMBANGKANG KANTOI ‘PETIK’ CERITA BAKAL CALON MB SELANGOR

ALAHAI… Tuan punya diri langsung tidak tahu menahu tetapi portal berita pro-Pakatan Harapan ini sengaja buat cerita yang sebenarnya mahu cetus perpecahan dalam kem Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun tindakan Malaysiakini yang menyiarkan berita spekulasi konon Isham Jalil bakal dicalonkan sebagai calon menteri besar Selangor jika menang BN menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ternyata memakan diri.

Ia disahkan Isham ketika ditemui AgendaDaily pada forum bertajuk PRU-14: Kenapa BN? yang dianjurkan portal MyKmu.net baru-baru ini menafikan khabar angin tersebut malahan terkejut dengan berita yang didengarnya itu.

“Sebenarnya, ini spekulasi media terbabit. Saya pun tidak tahu menahu. Pada hari itu (berita disiarkan), isteri saya pun kebetulan ada di rumah, kami semua berasa terkejut. Apa ni motif Malaysiakini ‘lambung’ nama saya pula?

“Saya bekerja di Pejabat Perdana Menteri, sebagai pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya tidak terlibat langsung dengan isu pemilihan calon dan saya tidak tahu menahu. Ini semua adalah spekulasi media,” tegas Isham.

Pada Sabtu lalu, portal itu telah mengeluarkan satu artikel eksklusif bertajuk Pegawai khas PM calon MB Selangor dari BN? merujuk kepada Isham mungkin bertanding di DUN Paya Jaras yang sebelum ini dimenangi calon PAS.

UMNO Selangor sendiri bahkan setakat ini tidak pernah dedah nama calon menteri besar untuk PRU itu. Bercakap mengenai peluang bagi merampas kembali Selangor pada PRU akan datang, Isham mempunyai pandangan sendiri.

“Peluang untuk kita dapat kembali Selangor adalah cerah sebab selama dua penggal di tadbir pembangkang ini, rakyat boleh tengok apa yang telah dibuat oleh kerajaan mereka. Mereka hanya berminat untuk dapatkan kuasa.

“Tapi tidak minat untuk mentadbir. Pada pandangan saya, (Menteri Besar Selangor) Azmin Ali bercita-cita ingin menjadi perdana menteri sebab itu dua, tiga bulan kebelakangan ini, dia kacau Bagan Datok, Pekan dan Johor.

“Dia hendak letakkan dirinya di kawasan ini. Jawatan menteri besar hanyalah seumpama batu loncatan sebelum jadi PM. Sebab itu, dia tidak mampu hendak menyelesaikan isu asas di Selangor sepanjang tempoh pentadbirannya.

Tetapi, saya percaya, sebelum dia nak jadi PM atau presiden pakatan, silap hari bulan, dia kena ‘langgar’ (Presiden PKR) Wan Azizah Wan Ismail. Dia memang kena buat macam tu, sebab kita tahu cita-cita dia nak ke mana.

“Apabila cita-cita politik dan jawatan dilebihkan, kerja yang seharusnya dibuat untuk rakyat marhaen, tidak dibuat,” kata Isham dalam nada sindiran kepada Timbalan Presiden PKR tersebut. – Agensi

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL