PENGUKUHAN RINGGIT TANDA PENTADBIRAN NAJIB BERADA DI LANDASAN BETUL

Kenaikan nilai Matawang Ringgit ke paras RM3.86 berbanding Dollar hari ini menunjukkan kematangan dan kecekapan kepimpinan YAB. Perdana Menteri menerajui Kerajaan Barisan Nasional dalam pemerintahan Negara.

Sejak isu 1MDB dan kejatuhan Matawang Ringgit, pelbagai tuduhan fitnah dan hentaman dilemparkan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika itu, matawang Ringgit jatuh ke paras RM4.20. Keadaan panik di dalam negara telah membuatkan pelbagai pihak melemparkan keraguan terhadap YAB. Datuk Seri Najib. Semua tuduhan terhadap kelemahan ini di tujukan kepada Kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional. Sedangkan isu kejatuhan matawang bukan hanya tertumpu kepada Malaysia sahaja, malah negara sekeliling kita serta banyak Negara Barat juga mengalami kejatuhan matawang.

Alhamdulillah, kecekapan dan mempunyai pegawai – pegawai pentadbiran yang terbaik, telah mengangkat semula ekonomi Negara keperingkat ini dan disegani di seluruh rantau Asia.

Kini Ringgit Malaysia telah mencecah ke paras RM3.86 berbanding matawang Dollar, persoalannya.. masih adakah pihak – pihak yang selama meragui kepimpinan Datuk Seri Najib sanggup menelan kata – kata mereka ? Apakah juga mereka sanggup menarik balik semua tuduhan sebelum ini ?

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sentiasa menyokong dan akan sentiasa berada dibelakang YAB. Presiden UMNO dan Kepimpinan Barisan Nasional dalam memperjuangkan kebaikan dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Kesungguhan dan Keyakinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia terhadap Barisan Kepimpinan Negara tidak perlu di sanggah dan diragui lagi.

Walaupun teruk dicaci, dihina serta pelbagai tuduhan tuduhan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang gagal memerintah Kerajaan Malaysia, namun YAB. Perdana Menteri, berjaya menangani isu kejatuhan ekonomi dan menyakinkan pelabur untuk terus melabur di Negara ini.

Malah, YAB Datuk Seri Najib juga berjaya mengetuai negara kearah kemajuan ekonomi yang lebih berdaya saing dan seorang pemimpin ekonimi yang dipercayai di rantau Asia, amat – amat Pergerakan Pemuda UMNO hargai dan sanjungi.

Pemuda UMNO Malaysia sekali lagi mengucapkan Tahniah atas usaha – usaha YAB. membantu memulihkan semula Negara dari terus di tekan oleh penyangak – penyangak dari luar negara mahupun dari dalam negara.

Sekian.

Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin
Exco Pemuda
Biro Hal Ehwal Bandar Dan Perumahan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana