Penyokong Bakar Bendera PPBM, Tak Tahan 'Kena Main' Dengan PKR

DIKHABARKAN baru-baru ini ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di peringkat akar umbi telah menzahirkan kemarahan terhadap parti itu dan Pakatan Harapan (PH) khususnya. Penyokong PPBM Felda Lubuk Merbau dikatakan hilang sabar apabila mendapat tahu partinya tidak dibenarkan bertanding di DUN Pedu yang mana sebelum ini mereka diberitahu PPBM akan bertanding di situ. Bagaimanapun kerusi berkenaan telah diberikan kepada PKR.

Biarpun sedar, lokaliti Felda Lubuk Merbau merupakan kawasan putih untuk UMNO-BN, tetapi gambaran-gambaran yang diberikan sebelum ini ialah, semua kerusi UMNO-BN terutamanya di Kedah akan beralih kepada PPBM dengan mudah.

Tetapi apa yang berlaku ialah, PKR telah merampas peluang PPBM itu. Ini menyebabkan ahli-ahli PPBM Lubuk Merbau berasa sangat kecewa setelah mereka berhempas-pulas dan bersusah payah demi parti, tetapi yang akhirnya mendapat laba adalah PKR, parti yang langsung tidak bekerja di Kedah apatah lagi di Lubuk Merbau.

Kekecewaan itu dizahirkan dengan tindakan membakar bendera bagi memberi mesej kepada pucuk pimpinan PPBM yang mereka tidak akan bersama sekiranya DUN Pedu kekal milik PKR mewakili PH bertanding di DUN Pedu dalam pilihanraya umum akan datang.

Pimpinan pembangkang sebelum ini seringkali menggambarkan Kedah sebagai kubu kuat PPBM. Diwar-warkan kononnya rata-rata rakyat dan pengundi Kedah menyokong PPBM dan tertarik untuk berjuang bersama-sama Mukhriz Mahathir merampas kembali jawatan Menteri Besar Kedah.

Hakikatnya, PPBM tidak ada cengkaman langsung di Kedah. PPBM tidak mempunyai sebarang kuasa dan suara. PPBM juga tidak boleh berbuat apa-apa tanpa restu dan keizinan daripada DAP dan PKR. Kalau DAP dan PKR kata PPBM tidak boleh bertanding, maka parti itu dan para penyokongnya hanya boleh mengundi PKR dan DAP.

Jangkaan awal para pemimpin dan penyokong PPBM ialah, parti Mahathir-Mukhriz itu akan meletakkan calon di semua kerusi DUN dan Parlimen di Kedah kerana berbanding PKR dan DAP, PPBM lebih kuat. Sekurang-kurangnya itulah yang mereka percaya dan dodoikan kepada orang ramai. Namun malangnya itu tidak berlaku.

Pembahagian kerusi-kerusi DUN dan Parlimen di Kedah, tidak menunjukkan langsung DAP dan PKR akan mengurangkan kawasan mereka bertanding bagi memberi laluan kepada PPBM untuk membuktikan parti Mahathir-Mukhriz itu lebih diterima pengundi Kedah. Sebaliknya, PKR dan DAP menambahkan lagi kerusi yang akan mereka bertanding selepas pakatan mereka dengan PAS berkubur. PAN yang diharapkan dapat menggantikan PAS pula, hidup segan mati tak mahu walaupun sama seperti PPBM, seringkali digambarkan lebih hebat berbanding PAS Kedah. 

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL