Selangor Cuba Lengahkan Pelaksaaan Projek ECRL?

Kerajaan Negeri Selangor nampaknya kini cuba melengahkan pelaksanaan projek untuk rakyat iaitu projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana masih tidak memberi kelulusan permohonan tanah untuk pembangunan projek itu yang sepatutnya dijadualkan beroperasi menjelang tahun 2024.

Projek itu boleh terjejas sekiranya kerajaan pimpinan Menteri Besar Azmin Ali terus enggan memberikan kelulusan. Menurut Ketua Pembinaan Infrastruktur Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Noor Azlan Salleh berkata, sehingga kini kerajaan negeri masih belum meluluskan permohonan tanah yang telah dipohon oleh pihaknya.

Oleh itu, pembangunan projek ECRL yang sudah bermula sejak November tahun lepas akan memberi tumpuan kepada tanah milik kerajaan di Pahang, Kelantan dan Terengganu yang telah mendapat kelulusan kerajaan negeri yang terbabit.

Dulu, Azmin pernah menyebabkan negeri Selangor kerugian sampai RM800 juta kerana menangguhkan pelaksanaan projek loji rawatan air Langat II.

“Hanya disebabkan politik dan kerajaan negeri tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan sebelum ini, projek Langat 2 yang sepatutnya boleh siap pada 2014 terpaksa tertangguh sehingga 2019.

“Bila akhirnya kerajaan negeri setuju ia (Langat 2) diteruskan, rakyat akhirnya juga terpaksa tanggung (kerugian) RM800 juta (untuk pembinaan loji rawatan air baharu),” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar dalam isu Langat II.

Kerana kelewatan itu, kerajaan negeri Selangor terpaksa membina dua loji rawatan air baru sementara menunggu Langat II siap pada tahun depan.

Untuk projek ECRL pula, kelulusan perlu datang dari Majlis Tindakan Ekonomi Selangor iaitu kelulusan dasar kerajaan negeri sebelum sebarang projek pembinaan dilaksanakan.

Difahamkan, pihak MRL masih menunggu kelulusan berkenaan dan masih belum ada apa-apa perkembangan walaupun pihak MRL sudah berhubung banyak kali termasuk di peringkat tertinggi.

MRL dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan adalah pemilik projek dan pemilik aset ECRL manakala China Communications Construction Company (CCCC), syarikat milik kerajaan China bertanggungjawab sebagai kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan.

Pembinaan ECRL sepanjang 688 kilometer akan menghubungkan ne­geri-negeri pantai timur dengan fasa pertama melibatkan laluan landasan kereta api elektrik me­lalui Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dengan jajaran sepanjang 531.6 kilometer (km) dan jajaran sisihan sepanjang 68.7 km.

Di bawah pembinaan fasa per­­tama, jajaran tersebut akan menghubungkan kesemua pusat bandar utama di pantai timur dan mempunyai 12 stesen penum­pang, tiga stesen kargo, tujuh stesen penumpang dan kargo.

Pembangunan fasa kedua pula melibatkan sambungan fasa pertama di Kelantan dari Kota Bharu ke Pengkalan Kubor dan Selangor dari Gombak-Serendah-Jalan Kastam (Pelabuhan Klang) dengan jajaran utama sepanjang 102.3 km dan jajaran sisihan sepanjang 4.5 km dengan dua stesen penumpang dan dua stesen penumpang dan kargo.

Noor Azlan berkata, dalam pembinaan fasa kedua ECRL, Selangor mempunyai laluan paling panjang iaitu 80 km dari Gombak ke Pelabuhan Klang berbanding 19 km dalam fasa pertama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana