MISI CHEGU BARD UNTUK HASUT RAKYAT SARAWAK GAGAL

Hasrat sebenar kedatangan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ke Sarawak telah disifatkan sebagai gagal.

Gagal kerana tidak berupaya menghasut anak muda tempatan untuk menentang Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang dijadualkan semalam di hadapan kediaman Ketua Menteri Sarawak di Jalan Bako.

Sebelum ini Chegu Bard yang juga pemimpin PKR Parlimen Jelebu itu telah mengajak rakyat Sarawak khususnya orang muda untuk melakukan demonstrasi bagi mendesak Ketua Menteri Sarawak meletak jawatan.

Tindakan Chegu Bard itu yang cuba mencampuri urusan politik Sarawak telah menyebabkan rakyat Sarawak khususnya komponen BN Sarawak seperti PBB, SUPP, PRS dan SPDP serta beberapa NGO's lain membuat laporan polis berhubung perhimpunan haram itu.

Sebaliknya hanya beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang seperti Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak, SAMM Sarawak dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak yang 'berani' menyahut seruan Chegu Bard.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana