WARGA EMAS DAN TAKUT MENANG RM1 JUTA SIJIL SIMPANAN PREMIUM (SSP) BSN

memang rezeki makcik ini apabila memenangi wang sebanyak itu. Siapa tidak terkejut kan. Tidak disangka-sangka tiba-tiba ada duit dengan jumlah RM1 juta. Begitu juga dengan makcik ini yang menerima ‘durian runtuh’ sebaik diumumkan pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), kelmarin.


Lebih menarik, ibu kepada empat anak itu bercadang mahu mengeluarkan semula wang simpanan dalam SSP itu minggu ini berikutan tidak nampak hasil selama 23 tahun melabur, sebelum dibantah anak lelakinya berusia 40 tahun yang juga seorang guru. Rokeah Mohd Sidek, 77, yang sudah kematian suami berkata, dia mula menyimpan RM300 hingga RM400 sebulan menggunakan wang pencen suami yang dulu bertugas sebagai guru.

“Sebaik mengetahui saya memenangi wang bernilai RM1 juta, saya menangis kerana gembira ditambah takut memikirkan keselamatan diri selepas ini. Sepatutnya minggu ini saya mengeluarkan wang simpanan itu kerana memikirkan tidak mahu lagi menyimpan dengan BSN, sebelum anak lelaki meminta supaya membiarkan saja. Tidak sangka belum sempat saya mengeluarkan wang itu, semalam (kelmarin) saya diumumkan memenangi wang RM1 juta,” katanya dalam satu laporan berita.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL