Tiada kenaikan di LDP, Sprint...KEna KEncing Oleh Media Sosial PR
PUCHONG - Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) mengesahkan tiada kenaikan di laluan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Sprint bermula esok.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sazally Saidi berkata, tiada sebarang surat arahan diterima dari kerajaan setakat hari ini.
Pihaknya percaya bahawa pihak Kerajaan sedang mengambilkira segala pandangan dan maklum balas dari semua pihak dalam mencari jalan penyelesaian secara "win-win situation" untuk rakyat serta pihak pelabur swasta.
"Mengikut perjanjian asal kenaikan itu sepatutnya telah dibuat sejak tahun 2011, bagaimanapun sehingga saat ini kami masih belum menerima arahan dari kerajaan untuk melaksanakannya (kenaikan)," katanya kepada pemberita dekat sini.
Menurut Sazally, mengikut perjanjian asal bagi lebuhraya LDP terdapat hanya dua kali kenaikan kadar tol bagi tempoh 33 tahun.
Dalam perjanjian asal itu menyebut kenaikan pertama hanya pada tahun ke 9 pengoperasian yakni 2007 dan kenaikan kedua dan terakhir juga 9 tahun kemudiannya pada 2015.
"Bagaimanapun tiada kenaikan penuh pada 2007 dan telah dianjak ke tahun 2011.
"Mengikut perjanjian konsesi, Kadar kenaikan yang dicadangkan adalah 50sen, bagaimanapun sehingga kini masih belum ada kata putus secara rasmi dari kerajaan," katanya ketika ditemui pada majlis meraikan 25 orang anak yatim dari Persatuan Rumah K.I.D.S Subang.
Sazally berkata, bagi laluan Sprint tiada kenaikan dilakukan sejak dibina pada tahun 2001 sehingga 2013.
"Kami mengalami kerugian sebanyak RM426 juta bagi tempoh itu.
"Mengikut perjanjian awal sepatutnya bagi tol di Damansara akan berlaku kenaikan sebanyak 50 sen, Kerinchi Link dan tol Bukit Kiara masing- masing sebanyak RM1," katanya.

Comments