PAS bergegar kerana pengakuan terbuka Ahli Parlimen sendiri...

Kenapa Pembangkang sekarang ni, asyik saja nak mempersalahkan pihak kerajaan,tak kira apa pun kerajaan lakukan untuk rakyat semuanya salah.,Itupun hendak membina kilang Lynass
tetapi membantah jugak.tapi semuanya untuk rakyat pahang atau rakyat malaysia yang memberi peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia dan sekitar kawasan itu akan memberi pendapatan kepada penduduk seperti sewa rumah dan pelbagai.Ini semuanya taktik pembangkang untuk melihat rakyat Malaysia akan datang banyak yang menggangur atau tiada perkerjaan jadinya bawa dan jaja setiap ceramahnya.
Tiada pun Ideal bernas pihak pembangkang untuk membantu kerajaan...

PAS nampaknya jadi kelamkabut gara-gara tindakan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat,Selangor Dr Che RosliChe Mat yang juga seorang saints nuklear membelasah gelagat partinya sendiri menerusi Buletin Utama TV3 yang didakwa cuba menutup kebenaran tentang projek kilang Lynas di Gebeng,Kuantan.Malah organ  rasmi parti itu Harakahdaily melaporkan kenyataan beliau amat mengejutkan para pemimpin dan ahli ahli PAS kerana ia jelas bertentangan dengan pendirian PAS mengenai isu Lynas.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bukan saja berkata PAS Pusat akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat tetapi menyifatkan kenyataannya mengatakan Lajnah Penerangan PASPusat melarang beliau mengeluarkan kenyataan mengenai kilang Lynas satu pembohongan.
Turut sama tampil membuat kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar.
Sekalipun bukan pakar nuklear, ketiga-tiga mereka tetap tunjuk hebat mendakwa kilang Lynas tidak selamat – untuk menidakan kenyataan Dr Che Rosli yang merupakan pakar dalam bidang itu.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menegaskan, PAS Pahang tetap konsisten dengan keputusannya sejak dulu yang bersama-sama penduduk di kawasan Gebeng, Kuantan menolak projek nuklear Lynas.
Dalam pada itu Ahli Parlimen PKR Kuantan,Fuziah Salleh yang selama ini menjadi ‘ tukang bising’ bantah projek kilang Lynas dilaporkan memperlekehkan pandangan Dr Che Rosli.
Ramai para pemerhati politik tanahair sedang mengintai episod pertikaian ini yang dikira boleh mendedahkan lebih jelas sikap berpolitik parti itu.
Menariknya kali ini ia bukan berdepan dengan musuh politik yakni Barisan Nasional tetapi dari ‘orang dalam’ sendiri yang mengaku sudah hilang sabar dengan gelagat partinya.
Kerajaan Pahang telah mempertahankan projek kilang Lynas setelah laporan pakar antarabangsa sendiri mengesahkan ia selamat.
Kilang berkenaan bukan sahaja mewujudkan banyak peluang pekerjaan tetapi menjadi pemangkin kepada pelbagai kegiatan ekonomi sekitar ibunegeri Pahang.
Kalangan pemimpin Barisan Nasional menilai tindak tanduk pembangkang dalam isu Lynastidak lebih dari cuba untuk menjadikan modal politik bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.
Ia untuk memaparkan bagaimana rakusnya Barisan Nasional hingga tidak mempedulikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat dalam meraih keuntungan. 
Ramai yang kesal dengan sikap mereka yang terus menerus menghasut orangramai dengan sentimen politik  tanpa mempedulikan aspek ekomomi.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob sendiri telah menegaskan beliau sendiri tidak akan setuju dengan pembinaan projek itu jika ia disahkan oleh pakar tidak selamat keatas kesihatan.
Perhatian juga kini bertumpu kepada Dr Che Rosli bila melihatkan pimpinan partinya tetap beremosi hendak menegakkan pandangan ‘ tidak pakar’ mereka.
Sikap mereka yang menolak pandangan pakar kerana lebih utamakan matlamat politik sebelum ini jelas terpancar dari isu video seks Datuk seri Anwar Ibrahim yang disahkan 99.9 peartus tulin oleh pakar antarabangsa.
Nampaknya mereka tetap gelap mata kerana merasa mereka adalah pakar segala pakar.
Dr Che Rosli perlu akur ilmu saintis nuklear yang ada di dadanya dan kebenaran sudah tidak berguna lagi dan boleh dipijak begitu saja oleh PAS...bila timbul kegerunan akan mencalarkan perasaan rakan sebantal politik mereka.

Ironinya PAS sentiasa mendabik dada mendakwa ramai golongan profesional makin terpikat dengan dasar dan perjuangan parti itu.
Melihat nasib Dr Che Rosli rasanya lebih selamat jadi ‘pakar ceramah’ saja dalam PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana