Kantoi menipu... Khalid tukar nama Majlis Syura kepada Jawatankuasa Pendengaran

Aduhai Khalid Khalid apa sudah jadi ni?Mahu jalan jalan cari makan ker?berginikah cara nak menyelesaikan sesuatu isu yang melibatkan Sultan Selangor sedangkan sultan Selangor tidak tahu menahu hal ini.

Sudah terhantuk dan kantoi menipu di bulan Ramadan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan lewat malam Selasa berkata kerajaan Selangor memutuskan untuk menukar nama Majlis Syura, kepada Jawatankuasa Pendengaran dipercayai berikutan kemurkaan Sultan Selangor semalam.Menurut Khalid kerajaan negeri kesal dengan kekeliruan berhubung penggunaan nama Majlis Syura bagi jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian isu pemeriksaan Jais terhadap Gereja Methodist Damansara Utama 3 Ogos lalu.
“Justeru kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa tersebut kepada Jawatankuasa Pendengaran demi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura Negeri Selangor yang diterajui Mais (Majlis Agama Islam Selangor),” katanya.
Bagaimanapun katanya, matlamat asal, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa tersebut tetap sama dan selaras dengan perbincangan antara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan Sultan Selangor.
Kerajaan negeri, kata kenyataan yang dikeluarkan pejabat Khalid itu,  berharap perubahan nama yang diputuskan akan merungkai sebarang kekeliruan dan meneruskan segala usaha mencari penyelesaian berhubung isu gereja dan Jais bagi kesejahteraan rakyat.
“Kerajaan negeri tetap akan akur kepada segala nasihat dan titah yang diterima secara langsung daripada Sultan Selangor serta bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyelesaian terbaik dalam isu ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia