Isu gereja DUMC: Siapa yang sebenarnya terbelit ?


Zaman sekarang mudah saja bagi pakatan pembangkang nak melepaskan tengkoknya yang terbelit dalam sesuatu isu yang bikin rosak imejnya – tuduh saja ada tangan UMNO main peranan.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali sudah jadi macam orang tenggelam punca dalam berdepan dengan  isu pemeriksaan JAIS keatas gereja Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.
Semua orang kini sedang melihat gelagat pakatan pembangkang.
isunya besar kerana pemeriksaan dibuat kerana disyaki ada kegiatan memurtadkan orang Islam pada satu majlis di situ.
Yang jadi gabra dan tidak tentu hala dibuatnya kerana bimbangkan undi melayang ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang terlalu bimbangkan pihak gereja melenting dan PAS yang tidak berani ambil pendirian.
Sebaliknya JAIS sendiri tidak berganjak dari pendiriannya tentang kewajaran pemeriksaan itu.
Kalau sebelulm ini Timbalan persuruhjaya PAS Khalid Samad tembak UMNO ...sekarang ini Mustapha sudah ikut rentaknya.
Memamg gempak kalau baca kenyataan yang dibuatnya dalam media di pejabat PAS Terengganu Isnin meminta pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno dalam isu JAIS dan gereja.
Sandaran beliau kononya ada eleman dan peranan UMNO dalam operasi Jais terhadap majlis di DUMC itu.
Katanya beliau sedia membuat pendedahan maklumat dalaman yang ‘ sangat dipercayai’ itu.
Soalnya sekarang PAS nak main politik apa? Pendirian tegas Exco Agama dari PAS sendiri Datuk Dr Hasan Ali tidak dipercayai.
Apa peranan UMNO yang bunyinya begitu mendebarkan seperti cuba digambarkan oleh Mustapha?
Atau mungkin ia cuma gimik penyelamat muka PAS akibat tertinggal bas dalam mengambil pendirian.
Ada yang bertanya apakah PAS ingat Hasan atau JAIS main-main dalam soal pemeriksaan itu.
Dicelah mana UMNO boleh main peranan dalam isu melibatkan akidah orang Islam itu?
Ini isu agama yang sepatutnya melibatkan rasa perihatin semua pihak tak kira parti politik.
Apapun semua pihak menunggu ‘ pendedahan’ Mustapa itu.Kalau boleh tolong segerakan.
Moga PAS tidak terbelit simpul mati.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL