Diskaun Tol Aidil Fitri Di 24 Lebuh Raya

KUALA LUMPUR: Sebanyak 24 lebuh raya bertol di seluruh negara akan memberi diskaun antara lima hingga 37.5 peratus pada 30 dan 31 Ogos ini sempena Aidilfitri. Lebuh raya yang terlibat ialah Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura(Linkedua), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (Sprint), Lebuh Raya KL-Karak (KLK).

Lebuh Raya Pantai Timur, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Koridor Guthrie (Guthrie), Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).
Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (Duke), Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga), Lebuh Raya Smart, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP), Lebuh Raya Lingkaran Kajang (Silk) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor berkata, Lebuh Raya Latar yang baru dibuka juga telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos.
"Pengguna Lebuh Raya LDP pula tidak akan dikenakan apa-apa bayaran pada Hari Kemerdekaan bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 tengah hari," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan aidilfitri peringkat Kementerian Kerja Raya di Plaza Tol Lagong Lebuhraya Guthrie di sini hari ini.
Beliau berkata, pemberian diskaun itu adalah sejajar dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara yang baru yang diumumkan bulan lepas iaitu bagi memerangi kos kehidupan yang kian meningkat.
Terdapat beberapa lebuh raya terutamanya yang di luar Kuala Lumpur yang menawarkan diskaun lebih awal bermula pada 28 Ogos ini sehingga dua hari selepas hari raya.
Walaupun lazimnya bilangan kenderaan di jalan raya meningkat dua kali ganda pada musim perayaan, Shaziman berkata beliau yakin keadaan trafik pulang ke kampung pada kali ini akan lebih terkawal memandangkan tempoh cuti yang agak panjang membolehkan jadual perjalanan lebih teratur.
Beliau berkata, bagi mengelak kesesakan jalan raya di Pantai Timur, dalam masa empat hari lagi sebahagian jajaran Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua akan dibuka.
Tiga laluan akan dibuka iaitu bermula dari Persimpangan Bertingkat Bukit Besi ke Persimpangan Bertingkat Ajil sepanjang 42.4 kilometer, laluan baru yang dikenali sebagai Bukit Payung Spur Road sepanjang 16.3 km dan Persimpangan Bertingkat Telemong ke Persimpangan Bertingkat Kuala Terengganu sepanjang 9.2km.
Shaziman juga berkata, bagi keselamatan pengguna jalan raya yang semakin meningkat, Kementerian Kerja Raya telah melakukan beberapa inisiatif termasuk kerja pembaikan di 37 lokasi tertentu di jalan-jalan persekutuan dan di 10 lokasi di lebuh raya pada tahun lepas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana