Tuduh UMNO dalangi JAIS periksa majlis gereja DUMC...kalau ada bukti dedahlah

Pelik memang pelik...biasanya PAS jika ada sesuatu bukti sensasi yang boleh kacau UMNO ia tidak akan tunggu sesaat lagi untuk mendedahkannya.
Namun dalam isu JAIS vs Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) ramai yang sudah menilai Setiausaha Agung parti PAS Datuk Mustapha Ali mungkin ‘ gempak’ saja apabila mendakwa konon ada bukti UMNO jadi dalang di belakangnya.
Ini kerana soalan lojiknya UMNO nak jadi dalang macam mana sedangkan ini adalah sesuatu isu serius yang melibatkan akidah orang Islam.

Kalau betul-betul ada...dedah saja.Kata orang berani kerana benar takut kerana salah.
Kini semua orang sedang menunggu apa episod seterusnya setelah Mustapha yang membuat tuduhan itu di Terengganu Selasa berkeras tidak mahu meminta maaf setelah diberi tempoh tiga hari berbuat demikian oleh Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Seri  Mohd Zin Mohamed.
Mustapha yang dihubungi Agendaily petang Rabu kata beliau tidak akan meminta maaf kepada UMNO.
“Kalau nak saman, samanlah. Jumpa di mahkamah nanti,” ujar beliau.
Sambil mempertahankan dakwaannya, Mustapha berkata, beliau akan menyerahkan bukti itu sekiranya berjumpa Pengarah JAIS.
Bagaimanapun ditanya mengenai keputusan JAIS yang tidak akan berjumpa pihak PAS bagi menjelaskan mengenai insiden 3 Ogos itu, Mustapha menegaskan, beliau tidak akan menyerahkan bukti itu jika tiada pertemuan kedua-dua pihak.
“Kalau dah tak jumpa JAIS, saya simpanlah bawa ke mahkamah nanti,” kata beliau.
Menurutnya, memang ada pembabitan UMNO dalam pemeriksaan JAIS itu.
Pada sidang akhbarnya di Terengganu  Mustafa mendakwa UMNO berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh JAIS ke atas gereja tersebut dan mempolitikan isu itu ehingga kini JAIS belum mendedahkan hasil siasatan.
Isu DUMC  menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas JAIS melakukan pemeriksaan tetapi pihak gereja mendakwa jabatan agama itu menyerbu dan menceroboh majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.
Sementara itu Mohd Zin yang ditemui wartawan di majlis berbuka puasa Perdana Menteri bersama Rakyat Selangor di Flet Sri Perantau, Kapar Kelang, petang Rabu mencabar Mustapha Ali supaya menunjukkan bukti kalau beliau  terlalu yakin sangat bahawa UMNO sebagai dalang di sebalik pemeriksan JAIS ke atas Gereja DUMC.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendirian Mustapha yang enggan memohon maaf dan tetap mendakwa bahawa ada elemen campurtangan UMNO dalam operasi JAIS di DUMC pada 3 Ogos lalu.
Selasa lalu beliau telah memberi tempoh tiga hari kepada Mustafa yang menuduh UMNO mendalangi pemeriksaan JAIS di DUMC pada 3 Ogos supaya minta maaf atau hadapi tindakan undang-undang.
Mohd Zin Mohamed menyifatkan tuduhan berkenaan sangat berat, berunsur fitnah dan berniat jahat.
"Saya sudah bagi tempoh tiga hari. Kita tunggulah esok. Tetapi kalau dia masih berdegil dan terlalu yakin sangat ada bukti, saya cabar dia tunjukkan.Kita kena ingat, Hassan Ali adalah Exco yang bertanggungjawab ke atas JAIS. Adakah dia dicucuk hidung oleh UMNO? Nampaknya Mustapha tak boleh kawal ahli-ahli majlis tertingginya sendiri.
"Janganlah berselindung di sebalik kata-kata politik. Dalam isu ini, kita hanya menuntut kebenaran," katanya

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL