Alumni Kelab UMNO Luar Negara kecam cara Muhyiddin berpolitik
Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara (AKULN) melahirkan rasa kesal diatas perubahan besar sikap dan cara berpolitik bekas pemimpin UMNO sejak mereka bersengkongkol dengan pembangkang.
Pengerusinya, Wan Md. Hazlin Agyl berkata, bekas pemimpin UMNO terbabit kini berperangai seperti pemimpin pembangkang dengan menjadikan khabar-khabar angin dan fitnah sebagai ‘makanan politik’ untuk melemahkan minda rakyat.
“Menyebarkan berita-berita palsu di media-media sosia hanya akan memecahbelahkan perpaduan rakyat sekali gus menggugat keharmonian negara. Yang lebih kita utamakan adalah perpaduan dan kesejahteraan kita selari dengan semangat Negaraku Malaysia.
“Berjuanglah dengan ikhlas demi kesejahteraan rakyat dan negara bukannya berpaksikan nafsu yang gilakan kuasa semata-mata,” katanya menasihati bekas pemimpin UMNO terbabit dalam satu kenyataan media hari ini.
Wan Md. Hazlin dalam pada itu menyelar bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal kerana sanggup bersumpah seperti pemimpin pembangkang kononnya mereka tidak pernah menerima sebarang sumbangan atau menggunakan dana politik UMNO sewaktu masih dalam parti itu.
Kata beliau, mereka sanggup bersumpah demi kepentingan politik selepas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mendedahkan kedua-dua mereka antara penerima terbesar dana politik daripada UMNO untuk tujuan pembangunan di kawasan Parlimen masing-masing pada Pilihanraya Umum Ke-13.
Pada waktu itu Muhyiddin merupakan Timbalan Presiden UMNO, manakala Shafie merupakan Naib Presiden UMNO.
“Pendedahan itu sekali gus membuktikan bahawa mereka sendiri tahu bahawa dana yang diterima bukanlah daripada 1MDB, sebaliknya ia adalah wang UMNO sepenuhnya.
“Bimbang helah dan fitnah mereka selama ini terbongkar, sebab itulah mereka melatah lalu segera mengeluarkan kenyataan penafian. Ia bukti jelas yang mereka sedang ketakutan,” katanya

Comments