Minta Maaf !!!!! Salah fakta... tuduhan Rafizi menyusahkan hidup orang lain

Rafizi Ramli perlu memeriksa fakta sebelum membuat apa-apa pendedahan kata Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.

Ini selepas tuduhan pakar dedah PKR itu menyusahkan hidup wanita yang didakwa Rafizi sebagai pelobi untuk kerajaan Malaysia, yang sebenarnya merupakan orang lain.

Rafizi sebelum ini mendakwa wanita itu ada kaitan dengan Godfrey Group Ltd, syarikat yang dikatakan membayar RM1.07 juta kepada seorang pelobi Washington, berkata ia merupakan kesilapan identiti yang dibuat Rafizi.

Dalam satu sidang media khas Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong pagi ini, wanita tersebut Florence Goh berkata tuduhan Rafizi mengancam keluarga dan perniagaannya

“Saya bukan individu itu dan saya tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya seorang ahli perniagaan,” kata Florence Goh yang memperkenalkan dirinya sebagai pemilik CRT Insights Technologies Sdn Bhd.

“Saya berharap pihak berkuasa akan membantu saya kerana saya tidak bersalah,” katanya.

Menurut Wee Ka Siong, Rafizi dalam kenyataannya menggunakan nama Cina wanita itu, Goh Siew Boey, syarikat miliknya bersama butiran pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Bagaimanapun, menurut dokumen SSM yang ditunjukkan Rafizi, alamat syarikat CRT Insights didaftarkan Jalan Molek 2/1.

“Rafizi perlu periksa fakta sebelum membuat tuduhan melulu,” kata beliau.

Wee menunjukkan dokumen SSM yang menunjukkan nama Florence Goh tetapi dengan nama Cina lain.

“Sebagai ahli Parlimen, beliau boleh mendedahkan apa-apa sahaja, tetapi janganlah mangsakan mereka yang tidak berdosa,” kata Wee.

Goh hari ini menuntut permohonan maaf daripada Rafizi yang juga wakil rakyat Pandan.

Menurutnya, selepas Rafizi mengaitkannya dengan Godfrey, beliau dihubungi rakan niaganya dari luar negara bertanyakan sama ada dakwaan itu benar.

“Saya sepatutnya menyambut ulang tahun ke-10 syarikat saya apabila masalah ini timbul,” katanya yang mempertimbangkan untuk menyaman Rafizi.

Rafizi pada Sabtu berkata seorang wanita bernama Florence Goh merupakan pengarah Godfrey, dan mempunyai pertalian dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Ahmad dan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana