MAHATHIR BIDAS RAFIZI BERHUBUNG ISU CALON PERDANA MENTERI
Mesej jelas yang cuba disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung dengan calon Perdana Menteri dalam pembangkang ada jelas sekali apabila Dr. Mahathir sendiri mempertikaikan kajian calon Perdana Menteri Malaysia dalam Pakatan Pembangkang. Dr. Mahathir berkata senarai calon perdana menteri paling popular seperti yang diumumkan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sebenarnya tidak membawa apa-apa makna sekiranya pembangkang tidak memenangi pilihan raya akan datang. Semestinya ini adalah mesej jelas bahawa Anwar Ibrahim juga adalah bukan calon pilihan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Rafizi yang memberikan butiran hasil kajian melalui Invoke Malaysia yang diketuainya, melibatkan hampir 18,000 responden, bagi menunjukkan siapa pilihan menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum akan datang dibidas Dr. Mahathir secara sinis. Hasil kajian berat sebelah Invoke tersebut mendapati pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan paling banyak, iaitu 23.5%, diikuti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan undian 17.6%, Dr. Mahathir 16.5%, dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin 12.6%.
Dr. Mahathir berpendapat kajian seumpama itu tidak sesuai dijalankan ketika ini dan kajian ketika ini hanyalah "syok sendiri" kerana Pakatan Harapan belum memerintah negara. Sebelum ini, perselisihan juga tercetus antara PKR dan pemimpin pembangkang lain selepas perwakilan PKR membuat gimik sepanduk tertera “Anwar PM ke-7”, pada kongres parti yang dihadiri Dr. Mahathir dan pemimpin PPBM lain. Rata-rata pemimpin dalam parti PPBM tidak bersetuju dengan tindakan ini yang dibuat tanpa perbincangan dengan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan.
Peristiwa ini turut mengundang kritikan Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berkata PKR tidak sensitif, di samping kritikan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim yang mengundang kecaman Rafizi. Isu calon Perdana Menteri semestinya merupakan satu isu yang rumit dalam parti pembangkang dan sudah pasti semua parti dalam Pakatan Harapan dan sekutunya berminat untuk menjadi Perdana Menteri kerana masing-masing mempunyai agenda peribadi.

Comments