Proton mewakili semua ‘kesilapan’ Malaysia di bawah Mahathir...32 Tahun Asyik Rugi Memanjang

Selepas 32 tahun penubuhan Proton kini sampai masanya syarikat kereta nasional itu perlu dihentikan daripada berterusan membazirkan wang pembayar cukai.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata Proton umpama ‘biawak hidup’  yang perlu ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana saban tahun mencatatkan kerugian.

Akibatnya rakyat terpaksa membayar demi semata-mata kepentingan seorang individu, katanya.

“Dr. Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan Proton sudah boleh memulakan pakej persaraan mereka sepenuhnya. Cukup-cukuplah negara ini menanggung Proton yang menyedut bukan sedikit duit pembayar cukai semata-mata untuk memenuhi nafsu dan obsesi Mahathir.

“Mahathir bertanya, ‘apa lagi yang akan kita jual?’ Saya juga ingin bertanya kepada Mahathir, ‘berapa bilion ringgit lagi yang Proton mahukan?’ Cukuplah berbillion ringgit yang telah rakyat subsidikan kepada Proton selama 32 tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Badrul Hisham atau Chegubard juga mendakwa Proton adalah sebuah syarikat yang dicipta bagi melindungi kronisme dan tidak pernah terdedah dengan persaingan sebenarnya.

“The Economist pernah mengatakan pada tahun 2004, Proton mewakili semua ‘kesilapan’ Malaysia di bawah Dr. Mahathir. Sebuah firma yang dipenuhi dengan idealisme nasionalis bukannya rasional komersial, dilindungi pula dengan kronisme dan tidak pernah terdedah dengan persaingan yang sebenarnya.

“Seperti pencipta, adalah baik jika Proton ini juga bersara,” katanya.

Jelasnya lagi, rakyat diberikan maklumat tidak tepat mengenai Proton kononnya ia sebuah kereta mampu milik walhal sebenarnya Mahathir sewaktu menjadi perdana menteri bertindak meningkatkan tarif import sehingga menyebabkan kereta asing menjadi mahal.

“Rakyat hidup dalam halusinasi dengan menyangkakan bahawa Proton adalah merupakan projek kereta mampu milik. Walhal, sebenarnya rejim Mahathir telah meningkatkan tarif import sehingga menyebabkan harga kereta asing menjadi terlalu mahal.

“Proton diberikan keistimewaan yang terlampau banyak – mereka boleh mengawal harga-harga kereta yang akan dikeluarkan.

“Rakyat Malaysia sebenarnya membayar harga yang mahal untuk memiliki sebuah kereta yang di bawah standard. Ingat lagi mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh pembeli Proton, yang paling popular adalah masalah power-window,” katanya.

Tahun lalu, Proton mengalami kerugian RM1.5 bilion, meningkat berbanding RM650 juta pada 2015. Pada suatu ketika, kereta Proton pernah terjual sebanyak 180,000 unit, tetapi kini merudum kepada antara 5,000 dan 6,000 unit sebulan.

Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely Holding) dari China minggu lalu memuktamadkan pengambilalihan 49.9 peratus kepentingan Proton Holdings Bhd (Proton).

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL