MENGAPA NURUL IZZAH MUNCUL BULAN RAMADHAN DI PERMATANG PAUH...PRU DAH DEKAT KOT

Kelmarin rakyat Taman Pauh  terpinga pinga kehadiran  Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah,  di Bazar Ramadhan Taman Pauh mengedar kurma dalam 200 kotak kepada orang ramai.

Yang menimbulkan persoalan mengapa tiada kehadiran Ahli Parlimen Pmtg Pauh sendiri hingga terpaksa import wakil rakyat kawasan lain ?

Nurul Izzah lebih afdalnya patut muncul di bazaar Ramadhan sekitar Lembah Pantai bukannya Pmtg Pauh . Nampak jelas kehadiran beliau ke sini sama lah agenda  seperti Kit Siang yang kerap turun ke P.Pinang berbanding di Gelang Patah.

Apakah Nurul Izzah sedang mengintai kerusi Pmtg Pauh di PRU14 ? Maklumlah kerusi ini memang milik hakiki keluarga Anwar Ibrahim bukannya pemimpin pembangkang yang lain .


Atau adakah PKR semakin tertekan dengan gerak kerja UMNO Pmtg Pauh yang nampak Non Stop menyantuni  rakyat dengan pelbagai program ?

Kelmarin Pemuda Umno mengedarkan kurma di Astaka Bandar Perda manakala Datuk Zaidi menyampaikan sumbangan 1000 kampit beras kepada asnaf di rumahnya .

Selain itu 28 masjid dan 70 surau juga turut menerima sumbangan Ramdhan  sebanyak RM1000 dan RM500 sertai air mineral  untuk aktiviti imarah bulan Ramadhan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana