PENASIHAT PAN DAKWA PERNAH DIUGUT BUNUH KERANA LAWAN HADI

Kesal disekat memberi kuliah agama di masjid, Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah) mendedahkan ugutan bunuh dua tahun lalu.

Ugutan itu diterima sejurus Ahmad Awang membuat pengumuman bertanding jawatan presiden PAS, lapor Sinar Harian.

“Selepas saya buat pengumuman itu, anak saya telah mendapat satu khidmat SMS yang mengugut untuk membunuh saya sekiranya kekal bertanding menentang Abdul Hadi,” katanya.

Beliau berkata anaknya bergegas ke rumah dan merayu supaya melupakan hasrat mencabar penyandang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tanpa menjelaskan butiran lain, Ahmad mengakui menerima beberapa ugutan lain tetapi enggan memanjang isu itu.

Hal itu didedahkannya ketika mengulas sekatan di 14 masjid di Selangor, malah beliau yang memiliki tauliah seumur hidup, tidak menolak kemungkinan larangan itu “satu tekanan politik.” – MalayMail

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL