Pakatan Harapan bakal mereput - PAS

PAS dijadikan kambing hitam oleh parti-parti yang membentuk Pakatan Harapan untuk menyembunyikan kelemahan yang ada dengan menuduh PAS sebagai punca perpecahan Pakatan Rakyat (PR) suatu ketika dahulu.

Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan berkata selepas partinya tidak lagi bersama dalam gagasan baru iaitu Pakatan Harapan (PH), mereka pula dituduh dengan sengaja memberi kemenangan mudah kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Nasruddin yakin PH yang diterajui DAP bakal mereput kerana di kalangan pemimpinnya saling bertelagah dalam pelbagai isu.

“Langkah kami keluar daripada pakatan mereka adalah tindakan yang betul. Kami keluar bukannya mengikut emosi sebaliknya berdasarkan nas dan bukti-bukti yang me­nunjukkan bagaimana kerjasama yang dipersetujui sebelum ini tidak dihormati.

“Malah sehingga kini masih berlaku pertikaman lidah sesama mereka, dan nampaknya Pakatan Harapan ini akan mereput,” katanya.

Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad baru-baru ini membidas budaya berpolitik PH yang gemar membuat tuduhan dan fitnah malah sering menuduh PAS sengaja tidak menyertai gagasan tersebut kerana mahu menyumbang kemenangan BN.

“Sebolehnya kami tidak mahu bercakap mengenai mereka (Pakatan Harapan). Tetapi apabila mereka mula menuduh PAS sebegitu, saya setuju dengan kenyataan naib presiden parti.

“Pelbagai tuduhan yang dibuat oleh Pakatan Harapan itu akan memakan diri. Mereka menyerang PAS kononnya langkah kami keluar pakatan akan memberi kemenangan kepada BN, tetapi sebaliknya di Kelantan dan kebanyakkan kawasan lain PAS sendiri akan berdepan dengan BN,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana