KONGRES NASIONAL PKR TIDAK ‘HANGAT’ SEBAB TIADA USUL SEPERTI PAS

Kongres Nasional PKR minggu lalu tidak dijadikan medan mengkritik atau mempersoalkan keputusan PAS yang menamatkan tahaluf siayasi antara mereka, berikutan parti itu tidak mempunyai persediaan sejak daripada awal.

Menurut Pengasas PKR, Ng Lum Yong, parti itu bukan seperti PAS yang mempunyai sistem dimana perwakilannya di peringkat bahagian akan tampil megemukakan sesuatu usul untuk diangkat serta dibahaskan dalam himpunan tahunannya, Muktamar Tahunan PAS.

Malah usul yang dibawa pemimpin akar umbi PAS itu begitu tegas dan konsisten mendesak PAS Pusat agar memutuskan hubungan dengan PKR, ujar Ng.

“Setiap parti, jika nak membuat sesuatu pendirian mesti kena asas usul. Usul ini mesti dibincang di kalangan perwakilan. Tapi berkenaan (putus hubungan) PAS-PKR ini, PKR nampaknya tidak ada usul seperti PAS.

“PAS secara tegas bermula daripada bahagian sampai ke negeri dan seterusnya sampai ke himpunan PAS, mereka terus buat ketetapan akan terus hubungan dengan PKR,” katanya ketika ditemubual Antarapos.

Kongres Nasional PKR yang berlangsung tiga hari sebelum ini pada mulanya dijangka pemerhati politik akan berlangsung dalam suasana hangat, namun ia meleset sama sekali.

Ternyata pemimpin PKR yang tampil berucap dihadapan perwakilan tidak menyentuh langsung isu putusnya tahaluf dengan PAS dan hanya AMK berbuat demikian.

“Hanya AMK sahaja yang keluarkan kenyataan..itupun hanya kenyataan (lisan) sahaja tiada yang bersifat ‘on paper’ (kenyataan rasmi),” ujar Ng lagi.

PAS terdahulu memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR selepas menuduh parti itu melanggar syarat menjalin hubungan politik dengannya.

PKR selepas mesyuarat Biro Politik menerima keputusan PAS namun menolak dakwaan PAS bahawa mereka melanggar syarat bertahaluf.

Ketika PKR mengumumkan akan mengadakan Kongres Tahunannya di Shah Alam, ramai yang meramalkan PKR akan ‘menegur’ PAS.

“Dia (Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) tak berani buat satu ketetapan, kerana dia tahu pada pilihan raya akan datang dia akan guna parti PAS khususnya di kawasan desa dan kawasan majoriti Melayu sebab kekuatan PAS ini sentiasa ada,” ujar Ng lagi.

Ujar Ng, selepas lapan tahun bersama PKR, beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama parti itu selepas hilang kepercayaan pada perjuangan parti itu. -AP
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment