HAMIDAH OSMAN PUNCA PPBM BERPECAH DI PERAK

Salah satu punca perpecahan yang berlaku dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak ketika ini adalah disebabkan faktor campur tangan individu dalam PPBM. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ketua Armada PPBM jelas memperlihatkan kekecewaannya terhadap sikap Naib Presiden PPBM, Hamidah Osman dan percaya dia individu yang bertanggungjawab ke atas perpecahan parti itu di Perak.

Kekecewaan Syed Saddiq ini timbul apabila tindakan 1,000 ahli PPBM Perak keluar parti kononnya kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin. Syed Saddiq juga tahu bahawa Hamidah Osman adalah punca kepada keadaan ini dan Ketua Armada PPBM itu mahu Hamidah Osman meletak jawatan.

Syed Saddiq juga menyifatkannya sebagai seorang hipokrit yang kecewa selepas Muhyiddin Yassin tidak menamakannya sebagai ketua PPBM negeri Perak. Menurut Syed Saddiq lagi, Hamidah Osman adalah seorang individu yang suka mengampu Muhyiddin.

Titik perubahan berlaku dalam diri Hamidah Osman apabila Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak melantiknya sebagai ketua di Perak sebaliknya melantik Ahmad Faizal Azumu sebagai Ketua PPBM Perak. Sejak dari perlantikan itu, Hamidah Osman mula mengutuk dan mengkritik Muhyiddin sebagai seorang pemimpin yang tidak tahu bagaimana untuk memimpin.

Hanya kerana Faizal tidak setua atau berpengalaman sepertinya, Hamidah kini menyerang Faizal dan juga Muhyiddin. Apa yang jelas dan nyata di sini, PPBM sebenarnya terdiri daripada individu-individu yang tamak dan rakus serta mereka memasuki parti ini hanya untuk kuasa dan kedudukan. Perletakan jawatan keahlian dalam PPBM telah membawa kesan negatif terhadap imej dan kredibiliti PPBM.

Pendek kata, pergolakan yang berlaku dalam PPBM adalah disebabkan parti itu sendiri dan dalam kalangan pemimpinnya juga. Parti ini sememangnya berdepan krisis dalaman yang sukar dibendung kerana setiap pemimpin-pemimpin dalam PPBM punya agenda masing-masing iaitu kuasa dan jawatan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL