PM Arah Siasatan Terperinci Tragedi Bot Ekspres Karam

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca tragedi bot ekspres karam di Sungai Rajang, Sarawak pada Selasa lepas.

Beliau juga menyeru semua pengendali perkhidmatan feri supaya sentiasa bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan bagi mengelak kejadian itu berulang.

"Saya telah mengarahkan supaya satu siasatan terperinci mengenai tragedi itu dibuat dan saya seru kepada semua pengendali feri supaya sentiasa bertanggungjawab," katanya dalam laman Facebook beliau, Khamis.

Sambil melahirkan rasa sedih dengan tragedi tersebut, perdana menteri berkata seluruh rakyat Malaysia turut bersimpati dengan keluarga mangsa yang maut dalam kejadian itu.

Menurutnya rakyat Malaysia juga sentiasa mendoakan keselamatan semua pihak.

Najib turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa tragedi itu.

Dalam kejadian itu, bot ekspres Kawan Mas yang dipercayai membawa lebih 200 penumpang dalam perjalanan dari Bakun ke Kapit, karam selepas terlanggar batu di Jeram Tukok/Jeram Bungan antara 8.30 pagi dan 9 pagi. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana