Lagi drama 'madu tiga' berebut jawatan di Selangor...

Macam biasa, drama madu tiga dalam pakatan pembangkang, belum apa-apa khabar angin perlantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor mencetuskan 'rasa kurang senang' Pas apabila turut menuntut penglibatan dalam memantau urusan harian negeri itu.

Perkara itu disuarakan Yang Dipertua Pas Kawasan Pandan yang juga ADUN Chempaka, Iskandar Abdul Samad yang mahu seorang Naib Presiden Pas ditugaskan untuk urusan pemantauan berkenaan.

Menurut beliau, hal ini kerana ahli-ahli Pas telah bekerja keras untuk mengukuh dan mengembangkan pengaruh parti itu di Selangor dan sudah tentu mereka mengharapkan lebih perhatian daripada pimpinan tertinggi parti.

Oleh yang demikian, beliau juga mahu ahli dan pimpinan Pas di seluruh negara menganggap Selangor sebagai sebuah 'negeri Pas' seperti tanggapan di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

''Pada pilihan raya umum lalu, Pas di Selangor telah memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sama banyak jumlah kerusi Pas di Terengganu dan melebihi kerusi Pas di Kedah.

''Selangor adalah unik kerana selain menjadi 'negeri Pas', ia juga 'negeri DAP' dan 'negeri PKR'. Tidak ada parti yang boleh mengakui negeri ini 'negeri mereka' kerana jumlah kerusi DUN setiap parti adalah hampir sama,'' katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Berdasarkan laporan laman web media kerajaan negeri, www.selangorku.com, Saifuddin akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar.

Menurut laporan itu, perkara tersebut diumumkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungan kongres parti kesembilan pada 25 Mei lalu di Petaling Jaya.

Berikut kami siarkan kenyataan penuh Iskandar Abdul Samad.

Selangor juga negeri PAS

Ahli dan pimpinan PAS di seluruh negara mesti menganggap Selangor sebagai sebuah "negeri PAS" sepertimana selama ini mereka menganggap Kelantan, Kedah dan Terengganu.

PAS di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke 13 telah memenangi 15 kerusi Dewan Negeri, sama banyak jumlah kerusi PAS di Terengganu dan melebihi kerusi PAS di Kedah.

Selangor adalah unik kerana selain dari menjadi "negeri PAS" ia juga "negeri DAP" dan "negeri PKR". Tidak ada parti yang boleh mengakui negeri ini "negeri mereka" kerana jumlah kerusi Dewan Negeri setiap parti adalah hampir sama. Ianya adalah "negeri Pakatan Rakyat" yang sebenar.

Oleh yang demikian, pimpinan PAS terutamanya pimpinan tertinggi parti mesti memberi tumpuan yang sama kepada Selangor sepertimana tumpuan yang mereka berikan kepada Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Isu-isu negeri Selangor mesti turut dibincang dan dibahas secara panjang lebar pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Muktamar sepertimana dilakukan pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Kongres PKR atau DAP.

Dengan ura-ura perlantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai "political liaison" atau pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar Selangor, seorang Naib Presiden PAS juga mesti ditugaskan untuk memantau urusan-urusan harian di Selangor.

Ahli-ahli telah bekerja keras untuk mengukuhkan dan mengembangkan pengaruh PAS di Selangor, mereka mengharapkan perhatian yang lebih dari pimpinan tertinggi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana