Kerajaan tidak akan laksana GST dalam tempoh dekat,kata Husni

Kerajaan tidak akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam tempoh jangka dekat kerana ia masih mengkaji kesan dan kadar yang akan dilaksanakan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan masih berunding dengan ahli politik, sektor swasta dan awam sebelum membuat apa-apa keputusan.

"Kami masih belum memutuskan mengenai GST kerana kami perlu mengkaji semula perkara itu dan kami kini sedang di dalam proses mengkajinya dari sudut yang menyeluruh."  

"Semua tindakan yang diambil perlu dilihat bukan sahaja dari segi perolehan kerajaan, malah perlu dilihat dari segi kemakmuran orang ramai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat ke-19 Kumpulan serantau Asia/Pasifik Institut Bank Simpanan Dunia (WSBI) di Cyberjaya,Khamis.

Selain menjana pendapatan kerajaan, pelaksanaan GST itu juga adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan cukai korporat dan cukai peribadi.

"Kami juga mengkaji sama ada kami boleh menyediakan sedikit bantuan kepada orang ramai," katanya.

Ketika ditanya mengenai kadar yang akan dikenakan, Husni berkata: "Kami perlu mengkaji semula di segi manfaat terhadap kerajaan, sektor swasta dan orang ramai," kata Husni, sambil menyatakan kerajaan tidak menetapkan satu tempoh tertentu untuk melaksanakan cukai itu.

Bernama melaporkan semasa berucap sebelum itu, Husni menyeru institusi perbankan supaya memberi perhatian terhadap golongan berpendapatan rendah di bandar yang menerima gaji tetap tetapi sukar menyeimbangkan pendapatan masing-masing.

Katanya golongan itu terdedah kepada "jerung" peminjam wang haram berikutan peningkatan tekanan melebarkan permintaan kredit.

"Kesan aktiviti haram ini terhadap kehidupan sosial kita terlalu besar dan saya berharap anda dapat membantu menjauhkan kumpulan berpendapatan rendah itu daripada aktiviti kredit haram dan menarik mereka membuat pinjaman yang dikawal selia, bertanggung jawab dan selamat," katanya. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL