'Red Bean Army' cuba cabar kesabaran polis

Ugut demonstrasi pertikai keputusan PRU-13

Keazaman Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk memerangi segala bentuk jenayah amat dinantikan kerana sebelum ini persepsi orang ramai ialah polis seolah-olah buntu untuk menanganinya.

Malangnya, ketika pihak polis berusaha memerangi jenayah sedemikian, ia terpaksa pula berdepan dengan perbuatan puak yang digelar ‘Red Bean Army’ yang berterusan menghasut orang ramai membenci kerajaan serta kumpulan yang tidak henti mengadakan perhimpunan haram di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU-13.

Mereka yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berterusan mendakwa berlaku penipuan ketara dalam PRU-13, termasuk ketika pengiraan undi. Walaupun peruntukan sedia ada membolehkan sesiapa saya yang mempertikaikan keputusan pilihan raya itu mengemukakan petisyen ke mahkamah sebagai mana yang akan dilakukan parti pembangkang sendiri, mereka tetap meneruskan perhimpunan haram itu.

Malah, mereka dengan selamba mengumumkan akan melakukan demonstrasi jalanan besar-besaran, iaitu BERSIH 4.0 jika kepemimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melepaskan jawatan seperti yang dituntut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana