Laman web berita kena ada lesen di Singapura mulai 1 Jun
Pemantau media rasmi Singapura pada Selasa mengumumkan peraturan pelesenan bagi laman-laman web berita, termasuk portal Yahoo! tempatan, yang akan tertakluk sama seperti peraturan yang dikenakan terhadap media tradisional.
Lembaga Pembangunan Media (MDA) dalam kenyataannya berkata, peraturan baharu tersebut akan berkuatkuasa 1 Jun ini terhadap laman web yang memperoleh lebih 50,000 pelawat unik daripada Singapura pada setiap bulan dan menyiarkan sekurang-kurangnya satu berita tempatan seminggu.
Selain itu, laman web yang diberi lesen perlu memadamkan artikel yang boleh mengancam keamanan dan berbaur perkauman dalam tempoh 24 jam selepas diarahkan oleh MDA.

Comments