Blackout: Singapura warning MP pembangkang nak 'layanan istimewa' terhadap peserta demo...

INI SINGAPURALAH... mungkin itu slogan baru negara republik tersebut yang pada Rabu mengeluarkan amaran kepada ahli-ahli politik Malaysia agak tidak masuk campur soal 'rumah tangga' mereka.

Ini berikutan beberapa ahli parlimen pembangkang cuba nak jadi hero dengan menghantar memorendum minta negara itu beri 'peluang kedua' kepada  21 rakyat Malaysia yang ditahan kerana mengadakan demonstrasi 'Blackout 505' di negara itu.

Kementerian Luar Singapura berkata tuntutan oleh ahli Parlimen Malaysia supaya republik itu melepaskan mereka yang ditahan dilihat sebagai campur tangan asing.

"Tindakan yang melibatkan pihak asing adalah percubaan untuk mendapatkan layanan istimewa dan  terus mempolitikkan apa yang pada asasnya adalah perlaksanaan undang-undang domestik di Singapura," katanya dalam satu kenyataan di laman webnya.

Singapura menambah bahawa mereka telah sentiasa mengambil pendirian yang tegas terhadap isu-isu luar atau politik yang cuba dibawa masuk ke republik itu.

Menurut kenyataan itu, mereka tidak campur tangan soal hal ehwal dalam negeri negara-negara lain, dan mengharapkan layanan yang sama sebagai balasan.

Sebelum ini, sekumpulan rakyat Malaysia berkumpul di Merlion Park Singapura pada 8 dan 11 Mei untuk membantah keputusan pilihan raya umum 5 Mei.

Pada 11 Mei, 21 rakyat Malaysia telah ditangkap oleh polis Singapura. PAS kerja seorang dari suspek dan pas lawatan dua lagi suspek telah dibatalkan manakala baki 18 lagi individu sedang disiasat pihak berkuasa negara itu.

Khamis lalu, beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk Nurul Izzah menghantar memorendum kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur meminta agar kerjajaan negara itu memberi peluang kedua kepada 21 rakyat Malaysia berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana