Mau ikut cara Singapura...?

Jika sebelum ini, sudah jadi tabiat puak-puak pembangkang, apa saja yang di Malaysia ini dibandingkan dengan Singapura. Ini kita boleh faham sebab parti paling berpengaruh dalam pembangkang, DAP ada kaitan dengan parti pemerintah Singapura PAP.

Sebab itu, perangai sikit-sikit rujuk Singapura itu sudah jadi mind set puak-puak ini. Lihat saja tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang baru-baru ini suruh Malaysia ikut Singapura hapuskan Dewan Negara yang katanya membazir.

Cuma kita hendak tahu, apa komen puak-puak ini dengan langkah terbaru Singapura mengawal media internet, termasuk portal berita tempatan dan antarabangsa.

Umum tahu ribuan portal berita di seluruh dunia menjadi cabaran baru kepada pihak berkuasa. Ini kerana internet membolehkan sesiapa saja mengaku sebagai syarikat berita, membuat portal dan mengupah wartawan.

Di sesetengah negara ianya bebas sepenuhnya, sehingga sering berlaku laporan bercanggah memetik sumber berita terutamanya melibatkan kepentingan awam.

Ada negara yang bayar portal berita di negara lain untuk 'agenda setting' kepentingan-kepentingan mereka di negara tersebut.

Ini sudah jadi open secret', semua tahu siapa bayar, bahkan ada yang buat pengakuan terbuka siapa 'tauke' mereka.

Di negara berbilang kaum seperti Malaysia, hal-hal yang nampak remah begini, boleh menjadi 'api' besar yang mengugat ketenteraman awam.

Jiran kita, Singapura berusaha mengawalnya, negara republik itu baru-baru ini, yang meminta semua portal berita memohon lesen seperti syarikat akhbar dan meletakkan sejumlah wang sebagai bon jaminan tidak melanggar peraturan.

Sebab itu ada yang berpendapat Malaysia perlu melaksanakan peraturan yang sama seperti kerajaan Singapura yang mengenakan lesen terhadap semua laman web berita negara itu bagi menyekat tindakan sesetengah pihak menggunakan saluran itu untuk menghasut dan menganggu-gugat ketenteraman awam.

Peguam bela dan peguam cara Datuk Salehuddin Saidin berkata walaupun Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak kebebasan bersuara kepada rakyat, namun perlu diingat, hak itu juga dihasilkan secara bersyarat iaitu antaranya kebebasan tidak menimbulkan fitnah, hasutan dan mempersoal keistimewaan sultan.

"Pada saya, sebelum keharmonian kaum terus diganggu adalah lebih baik ia dikawal dan disekat.

"Maknanya, lesen yang dikenakan ke atas laman web berita itu pastinya akan menjadikan pemilik laman web tersebut lebih berhati-hati dengan artikel yang dikeluarkan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Singapura yang akan menguatkusakan peraturan tersebut mulai Sabtu ini di mana laman web yang mempunyai 50,000 pelawat dari Singapura setiap bulan dan menghasilkan sekurang-kurangnya satu artikel tempatan seminggu mesti memperoleh lesen tahunan daripada Lembaga Pembangunan Media (MDA) negara itu.

Sebuah agensi berita antarabangsa memetik kenyataan MDA menghendaki laman web yang diberi lesen itu mengeluarkan bahan larangan seperti artikel yang boleh menjejaskan keharmonian agama dan kaum daripada laman web dalam tempoh 24 jam setelah dimaklumkan oleh pihak berkuasa.

Laman web yang dilesenkan itu perlu menyediakan S$50,000 sebagai jaminan bon.

Salehuddin yang menyokong tindakan Singapura itu berkata rakyat di negara ini sudah lama "diberi muka dan aktiviti menghasut menerusi hebahan artikel perlu dilihat sebagai suatu fenomena yang serius kerana ia semakin mengganggu kelestarian kaum."

Beliau turut menyarankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang diberi tanggungjawab memantau laman web di negara ini supaya mengambil tindakan mengenakan lesen terhadap portal berita di negara ini bagi memastikan pemantauan dapat diadakan dengan lebih telus.

Katanya dengan mengadakan peraturan tersebut, SKMM dapat mengumpul maklumat mengenai pemilik portal berita berkenaan, selain memiliki maklumat mengenai penulis dan individu yang terlibat dengan portal itu.

Cara ini akan memudahkan kerajaan mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab, terutama portal berita yang cuba menggugat perpaduan negara dan ketenteraman awam, katanya.

Salehuddin turut mencadangkan kerajaan mengenakan jumlah bon yang sesuai dalam lingkungan RM10,000 hingga RM50,000 atau mengikut kesesuaian semasa sebagai cagaran kepada pemilik lamab web tersebut bagi memastikan mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.

Seorang lagi pengamal undang-undang Wan Azmir Wan Majid berkata penguatkuasaan undang-undang secara tegas amat perlu memandangkan langkah untuk mengenakan lesen semata-mata tidak akan mengekang sesetengah pihak daripada mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan.

"Isunya bukan ada lesen atau tidak tetapi sejauh mana kerajaan menggunakan undang-undang itu untuk mengekang hasutan berlaku.

"Jika macam-macam lesen diberikan kepada mana-mana pihak, tetapi lemah dari segi penguatkuasaan, pastinya tidak akan nampak sebarang perubahan malah individu tidak bertanggungjawab akan menggunakan hal ini sebagai satu stigma untuk terus menyiarkan artikel yang boleh mencetus kekacauan kaum," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan perlu lebih prihatin dalam melaksanakan undang-undang agar provokasi yang ditimbulkan saban hari tidak terus menjadi duri yang memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL