Ahmad Awang Ulangi Pendirian Pertahankan Pakatan Rakyat...Inilah BARUA DAPIG
TUMPAT 30 Mei - Calon Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang mengulangi penegasan akan memperkukuhkan hubungan PAS bersama rakan bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).
Beiiau berkata, tindakan ‘serang-menyerang’ termasuk kritikan yang dilontarkan daripada seorang pemimpin terhadap pemimpin yang lain adalah satu perkara biasa yang mampu ditangani.
Namun, beliau mendakwa masalah berpanjangan ini berlaku apabila ada pimpinan yang tidak mahu duduk berbincang dan menyelesaikan masalah yang berbangkit.
“Bila ada masalah kita bincang. Soalannya sekarang bila ada pihak tidak mahu berbincang itu yang jadi gaduh.
“Jadi dalam pakatan (PR) ini yang kita tahu ada pimpinan yang tidak mahu berbincang, tidak mahu hadir perbincangan, maka datanglah masalah itu.
“Kita ini sebuah parti politik yang bergerak bukan statik. Kita kena ada kebijaksanaan dalam kepimpinan itu tapi kalau seorang sahaja bijak yang lain tidak bijak, tidak guna juga. Kalau tiga pimpinan, tiga-tiga pemimpin kena bijak.
"Benda ni timbul saya rasa kalau ada niat nak bersama Pakatan kekal semua boleh diatasi,” katanya kepada pemberita selepas ceramah isu-isu semasa di sini malam tadi.
Turut dihadir termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu.
Beliau menjelaskan, pimpinan PR sewajarnya konsisten dalam mengambil pendekatan mengadakan perbincangan secara berkala dalam menyelesaikan isu yang berbangkit.
Katanya, semasa awal penubuhan PR di Perak dahulu, timbul pelbagai masalah termasuk perkara berbangkit mengenai jawatan Timbalan Menteri Besar Perak dan sebagainya yang dibangkitkan oleh DAP.
"Namun kesemua perkara ini dapat diselesaikan dalam bentuk perbincangan," ujarnya.
Ahmad Awang yang juga bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia mencipta sejarah PAS apabila buat pertama kalinya jawatan Presiden parti itu dipertandingkan.

Comments