Paul Phua Mungkin Dibenar Pulang ke Malaysia
LAS VEGAS 30 Mei - Seorang pemain poker dari Malaysia yang didakwa kerana menjalankan perjudian dan pertaruhan Piala Dunia secara haram dari suite mewahnya di Caesars Palace, Las Vegas Amerika Syarikat mungkin dibenarkan untuk meninggalkan negara itu.
Peguam Jabatan Kehakiman menggugurkan bantahan mereka terhadap permintaan Wei Seng “Paul” Phua untuk pulang ke Malaysia sementara kes masih tertangguh.
Hakim Daerah Las Vegas, Andrew Gordon tiga hari lalu membentangkan bukti yang dikumpul pada bulan Julai 2014, yang diambil dari vila berharga US$25,000 semalam (RM91,452). Vila itu dipenuhi dengan komputer, monitor dan televisyen yang dipasang dengan siaran perlawanan Piala Dunia.
Phua, 50, seorang ahli perniagaan bidang perhotelan dan perlombongan, yang juga aktif dalam pertandingan judi poker antarabangsa, memberitahu mahkamah pada 22 Mei yang dia mahu pulang ke Malaysia untuk melawat ibunya yang menghidap kanser pankreas. Dia juga memberitahu akan kembali ke AS dan tidak akan membiarkan perbicaraan berlangsung tanpa kehadirannya kerana dia mahu membersihkan namanya.
Kerajaan AS dalam kenyataannya pada Jumaat mempersoalkan sama ada Phua boleh kembali jika dia perlu dibicarakan kerana Phua tidak mempunyai visa yang sah.
Anak lelaki Phua, Darren dan sekumpulan lelaki bersama seorang wanita, yang mendiami dua vila lain milik Phua turut ditahan, namun telah mengaku bersalah atas tuduhan melanggar undang-undang. Mereka telah kembali ke Asia, meninggalkan Phua sebagai satu-satunya defendan yang tinggal.
Natalie Collins, jurucakap pejabat peguam AS di Las Vegas, enggan mengulas mengenai kes itu. - Bloomberg

Comments