Bangang Keluarga Anwar Ni....Keluarga Kemuka Dua Tuntutan Jika Anwar Masuk Wad – Nurul Izzah

PETALING JAYA:  Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan supaya memenuhi dua tuntutan sekiranya bekas ketua pembangkang itu dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan.

Tuntutan itu membabitkan kebenaran untuk ahli keluarga melawatnya di hospital dan melantik doktor untuk menilai keadaan kesihatan Anwar.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang mewakili keluarganya berkata, peluang untuk bertemu dengan Anwar sepanjang berada di hospital itu adalah amalan yang pernah dibuat keluarganya semasa bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipenjara selama hampir enam tahun sebelum dibebaskan pada 2004.

Sehubungan itu, katanya, jika pertemuan di hospital itu dihalang, beliau mendakwa ia sebagai arahan baharu yang diterima daripada kuasa-kuasa politik atasan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, tuntutan kedua adalah mendesak kerajaan membenarkan adanya penilaian bebas oleh doktor yang dipilih keluarga untuk mengesahkan keadaan kesihatan Anwar.

“Kalau dah lebih tiga minggu kita beri peluang dan beri kerjasama penuh. Pada masa sama, kalau ia memberi impak begitu negatif kepada keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita harus bertindak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Keadilan di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian mengenai dakwaan tindakan kerajaan yang lewat memberikan rawatan menjadi punca kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin membimbangkan.

Terdahulu, pada sidang media sama, Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul memberitahu, pihaknya dimaklumkan bahawa Anwar akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Selasa ini untuk pemeriksaan dan rawatan perubatan.

"Kami mendapat maklumat bahawa Datuk Seri Anwar telah berulang kali membuat permintaan untuk rawatan perubatan dan dimasukkan ke hospital. Sehinggakan permintaan mudah untuk menjalani pemeriksaan ke atas bahu beliau tidak diendahkan sejak beberapa minggu," katanya yang merujuk kepada keadaan Anwar yang mengalami kecederaan di bahu kanan sejak setahun lepas.

Anwar kini dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun atas dakwaan liwat terhadap bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana