DAP TUMPANG INISIATIF KERAJAAN BN...BUKAN TAK KENAL DAPIG NI
KUCHING – Kenyataan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang menganggap pemansuhan tol Jambatan Lanang adalah ‘usaha’ mereka disifatkan sebagai menumpang inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata mereka ‘menumpang’ untuk berusaha meringankan beban pengguna jambatan, sedangkan dalam perundingan bersama dua pihak konsensi tidak pernah menyebut DAP sama sekali dalam surat kepada Ketua Menteri.
“Mengenai rundingan dengan Tan Sri Ling CH (Shin Yang) dan Dato Henry Lau (KTS), DAP tidak terlibat langsung atau menyertai pa-sukan perunding dan kedua-dua tokoh itu tidak pernah menyebut tentang DAP dalam surat mereka kepada Ketua Menteri ketika mereka menyetujui pemansuhan tol.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua syarikat terbabit di atas kebaikan mereka, bukan kerana pembangkang, yang akan cuba mendapatkan faedah politik daripada apa sahaja atau inisiatif baik kerajaan tetapi cepat melatah atau memutarbelitkan sebarang kekurangan kerajaan,” kata-nya di sini, semalam.
Sebelum ini Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jen mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat beberapa perkara yang dicadangkan DAP Sarawak telah dilaksanakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem termasuk pemansuhan tol Lanang, baru-baru ini.
Chong menganggap ia ada-lah ‘usaha’ DAP Sarawak, yang mana sebelum ini DAP telah mengumpul tandatangan orang ramai sebagai petisyen memansuhkan tol Jambatan Lanang berkenaan.
Dr Rundi yang juga Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menjelaskan, DAP akan membaca setiap gerak-geri kerajaan untuk mengambil kesempatan.
Namun, katanya, rakyat amat menyedari tentang taktik berkenaan dan mereka kehabisan isu untuk diputar belit dan menghasut rakyat yang hanya akan mempengaruhi kumpulan kecil yang bising tetapi bukan majoriti senyap.
“Ketua Menteri sudah melakukan banyak perkara sejak hari pertama beliau memegang kuasa dan terus mengotakan janjinya demi kebaikan rakyat, tidak seperti DAP yang cuba memperkecilkan langkah sedemikian, kerana mereka tidak akan ada perkara lain lagi untuk digunakan bagi mengaibkan kerajaan.
“Rakyat amat menyedari tentang taktik ini dan tidak akan mudah terpedaya atau tunduk kepada dakyah DAP,” tegasnya.

Comments