Mayat kanak-kanak lelaki ditemui ditanam di lantai dapur....Zalimnya Dan Tidak berperikemanusian
KUALA LUMPUR: Polis sedang menjejaki bekas penyewasebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong di sini bagi membantu siasatan berhubung penemuan satu mayat yang disimen dan mereput di lantai dapur rumah itu pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bekas penyewa itu, Loo Chon Wen, 33, masih berada di negara ini dan polis yakin lelaki berkenaan tidak lagi berada di Lembah Klang. |
Penyewa itu yang tinggal bersama isteri dan tiga anaknya termasuk seorang anak perempuan diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan, katanya.
"Siasatan awal mendapati, keluarga itu yang menetap di rumah berkenaan sejak tahun lepas, mengosongkan rumah bulan lepas tanpa memaklumkan kepada tuan rumah Ng Ah Kau, 68.
"Pemilik rumah sudah beberapa kali menghubungi penyewa berkenaan yang tidak membayar sewa, namun gagal dikesan," katanya kepada Bernama pada Jumaat.
Ali berkata proses bedah siasat ke atas mayat tersebut telah dijalankan di Hospital Sungai Buloh.
"Hasil bedah siasat mendapati, mayat dipercayai seorang kanak-kanak lelaki berumur antara lapan dan 10 tahun...tempoh kematian mangsa kira-kira lapan minggu lepas.
"Bagaimanapun, pihak kami masih menyiasat bagi mengenal pasti identiti bangsa dan punca kematian mangsa," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pada Jumaat, polis menemui satu mayat yang disimen dan mereput yang berbalut kain di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong.
Mayat itu ditemui susulan kontraktor yang sedang mengubah suai rumah berkenaan memecahkan simen dapur itu berikutan terhidu bau busuk.

Comments