Penyokong PR Meroyan Bila Mazlan Aliman Diperintah Bayar Saman
Selalunya bila pemimpin pembangkang raih kemenangan dalam kes saman terhadap media perdana, bergentanyanganlah segala macam kata pujian dari kalangan ‘keyboard warrior’ pro PR mengangkat darjat hakim dan mahkamah.
Hari ini lain pula yang berlaku bila mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan yang mencuit jiwa raga penyokong PR apabila mengarahkan AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman membayar saman malu RM350,00000 kepada FELDA.
Bila diarahkan bayar saman maksudnya Mazlan yang juga Pengerusi NGO Anak itu telah diputuskan bersalah kerana telah memfitnah FELDA melalui penerbitan buku bertajuk “FELDA… Dulu tolong Sekarang Ah Long”.
Lebih malang bagi Mazlan apabila diarahkan juga membayar kos guaman yang berjumlah RM150,000.00 menjadikan angka keseluruhan yang menghempap kepala AJK PAS Pusat itu berjumlah RM450,000.00.
Sakan penyokong PR meroyan menuduh mahkamah berat sebelah, bias dan bermacam tuduhan liar dilemparkan. Sebab apa? Sebab keputusan tak memihak pada pemimpin mereka. Sebelum ini banyak kes saman memihak pada pimpinan mereka, melayang-layang seronok mereka angkat mahkamah.
Kenalah terima hakikat, ada kalanya menang ada tikanya kalah, kalau asyik nak menang saja semua kes di mahkamah, itu maknanya ada something wrong.
Pun begitu RM450 ribu bukan kecil anak angkanya. Mana Mazlan nak gagau duit sebanyak itu? Hasil jualan buku fitnah itu pun tak langsung tak mencecah angka RM450 ribu. Haru dibuatnya, hasil dari buku fitnah cuma secuit, bahana yang menghempap kepala besar gedabak.
Sanggupkah PAS mengorek tabung menebus maruah Mazlan Aliman dengan tolong membayar saman tersebut? Rakan seperjuangan tengah sesak kepala takkan tak terlintas nak tolong. Hulur-hulurlah tabung milo kutip derma dari penyokong marhaen. Macam tak biasa, tak gitu?
Apa pun, dengar katanya kes saman ini hanyalah secebis dari beberapa saman fitnah yang Mazlan Aliman hadapi. Ini semua gara-gara terlampau sakan sangat menabur fitnah tanpa mempedulikan fakta dan hakikat.
Jadi nak salahkan FELDA yang menyaman tentulah tidak patut. FELDA berhak mempertahankan maruah mereka, dan Mazlan atau siapa sahaja yang melakukan fitnah kenalah menanggung akibatnya.

Comments