Gereja Taman Medan akan letakkan kembali salib
Salib di sebuah gereja di Taman Medan yang diturunkan bulan lalu susulan protes akan dinaikkan semula, kata paderi gereja tersebut.
Rev Paul Packianathan berkata kepada The Malaysian Insider, kepimpinan gereja berkenaan memutuskan salib tersebut akan dinaikkan semula dan bergantung kepada kontraktor yang ditugaskan bagi tujuan itu.
Beliau berkata, tiada pihak seharusnya menafikan hak gereja untuk menggunakan simbol tersebut.
Pada 19 April, sekumpulan 50 penduduk Islam dari Taman Medan mengadakan bantahan di hadapan premis tersebut yang terletak di kawasan rumah kedai dan menuntut lambang salib itu diturunkan.
Mereka berkata, salib itu mencabar agama Islam dan akan menggugat akidah belia di kawasan itu.
Isteri Paul, Pastor Victoria, yang turut mengendalikan upacara keagamaan pada Ahad ketika itu memutuskan untuk menurunkan lambang tersebut atas faktor keselamatan.
Susulan insiden itu, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata gereja itu perlu meletakkan kembali salib tersebut kerana ia merupakan lambang kepada agama Kristian.
Kerajaan Selangor juga turut mengesahkan gereja tidak memerlukan permit untuk menjadikan premis lot rumah kedai sebagai pusat ibadat, sebaliknya hanya memerlukan notis pemakluman kepada Majlis Hal Ehwal Bukan Islam.
Ketika ditanya sama ada beliau khuatir protes sama akan berulang, Paul berkata soalan itu harus diajukan kepada pihak berkuasa.
"Itu soalan untuk pihak berkuasa, apa yang akan mereka lakukan jika berlaku protes lagi," katanya.
Tambahnya, sebagai rakyat Malaysia, mereka hanya mahu hidup aman dan harmoni.
"Kami mahu hidup aman dengan semua orang. Pada masa sama itu simbol kami, dan tiada siapa boleh nafikannya," katanya.
Antara peserta protes termasuklah abang kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Datuk Abdullah Abu Bakar yang berkata dirinya berada di protes tersebut untuk menenteramkan keadaan.

Comments