Najib Minta Cari 'Kepala' Sindiket Pemerdagangan Manusia...Cari Sampai Lubang Cacing

KUALA PERLIS: Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa mencari 'kepala' yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di sempadan negara ini.

Perdana Menteri berkata penemuan kubur dan kem tahanan dipercayai menempatkan rakyat Rohingya mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian di sini baru-baru ini adalah kejadian yang amat menyedihkan.

Beliau berkata sekiranya kegiatan itu ingin dibanteras, tindakan keras perlu diambil terhadap ketua atau kepala sindiket dan bukannya orang bawahan yang menjadi upahan.

"Saya difahamkan bahawa sindiket ini ketuanya bukan rakyat Malaysia...beberapa anggota polis yang kena tahan baru-baru ini kira macam balaci mereka, maknanya yang peringkat bawahan...yang jadi upahan.

"Kalau kita nak banteras human trafficking ini, kita mesti ambil tindakan terhadap kepala-kepala mereka, bukan askar atau balaci mereka...kepala mereka mestilah diambil tindakan keras," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia 2014 di sini, Sabtu.

Najib berkata Malaysia memerlukan kerjasama kerajaan negara lain untuk memasuki negara jiran bagi mengenal pasti siapa sebenarnya ketua sindiket itu.

Najib berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kegiatan pemerdagangan manusia dan mereka yang terlibat akan diambil tindakan keras.

"Saya nak minta polis untuk buat siasatan yang rapi dan tindakan akan diambil terhadap sesiapa sahaja termasuk pihak kita jika bersubahat dengan sindiket pemerdagangan manusia," katanya.

Beliau berkata kerajaan akan terus mengambil tindakan untuk mengenal pasti kubur-kubur berkenaan.

"Sebahagiannya (rangka yang ditemui) telah dikesan dan telah dibawa ke Alor Setar (Kedah) untuk dianalisis oleh forensik," katanya.

Ditanya mengenai keadaan sempadan Malaysia-Thailand yang tidak berpagar dan memudahkan kegiatan menyeludup manusia, Perdana Menteri berkata walaupun berpagar, sindiket terbabit pasti mencari jalan untuk melintasi pagar itu.

"Bila ada keuntungan yang boleh dikaut, akal mereka panjang...kalau ada pagar pun mereka boleh cari jalan," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun perkara itu termasuk dalam perancangan jangka panjang, tetapi ia melibatkan kos yang tinggi. -- Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL