MUKA TAK TAHU MALUUUU!!!! AHLI MT UMNO ANGGAP KIT SIANG DESPERADO
Tindakan Penasihat Dap Lim Kit Siang untuk menawarkan diri menyertai jelajah Penerangan UMNO adalah lambang seorang yang desperado, ujar Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Menurut beliau, Kit Siang mungkin menyedari ‘penyatuan’ DAP bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berjaya maka kini dia cuba beralih arah kononnya mahu bersama-sama UMNO bagi memberi penerangan berkaitan isu Forex.
“Kita tahu dahulu Kit Siang adalah individu yang begitu lantang bercakap pasal isu Forex ini namun demi kepentingan politik DAP, dia sanggup bekerjasama dengan Tun Mahathir yang dulunya amat dibenci oleh DAP.
“Kini bila sedar kerajaan mengamalkan sikap terbuka dan menyokong siasatan berkaitan Forex, dia mula beralih arah dan mungkin mengatur rancangan kononnya mahu bersama UMNO.
“Sebenarnya apa yang Kit Siang lakukan ini adalah untuk mengalih isu dan menyelamatkan ‘nyawa’ anaknya yang sedang berhadapan dengan isu rasuah,” katanya.
Menurutnya lagi, jika benar Kit Siang mahu bercakap berkaitan Forex ini maka gunalah pentas mereka sendiri kerana UMNO tidak mudah terpedaya dengan agenda DAP yang tidak pernah telus dalam perjuangan mereka.
“Apa yang pasti setiap tindak tanduk DAP pasti ada agenda disebaliknya… ini terbukti apabila Kit Siang mengenakan syarat sekiranya UMNO bersetuju dengan tawarannya untuk menyertai jelajah penerangan UMNO berkaitan isu Forex.
“Ini semua propaganda politik DAP untuk mengelirukan rakyat semata-mata… maklumlah, pilihan raya umum sudah dekat,” sindir Sharkar yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Temerloh.
Kit Siang baru-baru ini menawarkan diri untuk menyertai jelajah UMNO bagi memberi penjelasan berkaitan isu Forex namun mengenakan syarat hanya akan berbuat demikian jika siasatan juga dibuat ke atas skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan 1MDB.
Comments