"Tak Mungkin Racun" - Kedutaan Korea Utara...Inilah Banggangnya Komunis

KUALA LUMPUR: Pegawai Kedutaan Korea Utara menolak hasil siasatan polis Malaysia yang mengaitkan kes pembunuhan Kim Jong-nam dengan racun.
"Tak mungkin racun," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat kedutaan negara itu pada Rabu.
Sehubungan itu, Korea Utara akan mengemukakan permohonan untuk membebaskan tiga suspek yang ditahan berhubung kes itu, termasuk rakyatnya, Ri Jong Chol.
"Sudah 10 hari sejak kejadian itu berlaku tetapi polis Malaysia tidak menemui sebarang bukti daripada suspek yang ditahan," kata pejabat kedutaan itu yang disampaikan pegawainya yang enggan dikenali.
Kenyataan itu turut menafikan suspek wanita yang menekap  racun pada muka Jong-nam walaupun siasatan polis menunjukkan ia berlaku sedemikian.
"Malaysia menjalankan siasatan berasaskan rakaman CCTV yang menunjukkan suspek wanita telah menekap racun pada muka mangsa menggunakan tangan mereka.
"Jadi, mana mungkin suspek wanita masih hidup selepas insiden itu?

"Maknanya, cecair yang ditekap itu bukan racun dan mangsa mati kerana punca lain," menurut kedutaan itu.

Terdahulu pada Rabu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek wanita itu diarah mencuci tanga sebaik selesai melakukan tugasan mereka dan mereka maklum ia adalah cecair beracun.

Setakat ini, polis masih menunggu hasil ujian makmal untuk mengenal pasti jenis bahan kimia yang digunakan untuk melakukan jenayah itu.

Kedutaan Korea Utara itu bagaimanapun tidak menyebut mengenai dua rakyatnya yang dikenal pasti terlibat dalam jenayah itu melibatkan setiausaha kedua pejabat kedutaan itu dan seorang kakitangan syarikat penerbangan Korea Utara, Air Koryo.

Kedutaan itu juga menyatakan rasa tidak puas hati dengan cara pihak berkuasa Malaysia mengendalikan kes berkenaan, dengan mendakwa ia sebagai penghinaan hebat terhadap kedaulatan Korea Utara.

Ia juga mendakwa tindakan Malaysia melanggar perundangan antarabangsa dan pada masa sama menunjukkan bukti jelas Malaysia memihak kepada Korea Selatan.

Kedutaan itu juga berkata, pihak berkuasa Malaysia sepatutnya fokus untuk memastikan punca sebenar kematian dan mengesan suspek.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL