AMBOIIII MULUT DIA NI!!!!! RUU 355 UNDANG UNDANG TALIBAN?
Ahli baru DAP, Datuk Zaid Ibrahim secara lantang mendakwa Rang Undang-Undang (RUU) 355 bagi meminda akta berkaitan hukuman jenayah syariah bukan bersifat Islam.
Tak cukup dengan itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan Hal Ehwal Undang-Undang itu mendakwa usul yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bersifat politik semata-mata.
Malah Zaid cuba menegaskan bahawa undang-undang ini tidak ada di negara Islam lain yang moden.
“Undang-undang ini tidak ada di negara Islam lain yang moden. Jangan ambil kira negara Taliban.
“Saya sebagai pengamal undang-undang, saya tahu di negara kita tidak ada peguam yang cukup untuk melaksanakan hukuman bagi undang-undang hudud ini,” katanya.
Zaid berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ‘Himpunan Rakyat Tolak Usul Hadi’ yang diadakan di Tasik Taman Jaya, Petaling Jaya, pada Sabtu lalu.
Himpunan tersebut diadakan pada tarikh sama dengan Himpunan RUU 355 di Padang Merbok.
Bagaimanapun himpunan tersebut hanya dihadiri 150 orang berbanding sambutan puluhan ribu penyokong Himpunan RUU 355.
Kenyataan Zaid mencela RUU 355 memperlihatkan bekas peguam itu seolah-olah enggan memahami usul berkenaan.
Hadir sama bersama Zaid di Petaling Jaya adalah peguam dan aktivis anti RUU355, Siti Kasim yang mendakwa “Hudud ini bukan undang-undang Tuhan, ini undang-undang manusia, ini undang-undang PAS”.
Dengan alasan itu, Siti Kasim cuba menegaskan bahawa mereka kononnya terpaksa menentang RUU355.
“Kami terpaksa menentang RUU355 kerana ini bukan undang-undang Tuhan, ini undang-undang Hadi,” dakwanya.
Sementara itu, penganalisis politik Raja Petra Kamaruddin menyifatkan ucapan Zaid mengkritik RUU355 adalah cubaan Zaid meraih populariti di dalam parti politik barunya yang majoritinya menolak pelaksanaan hukuman Syariah.
Ini kerana kata beliau, kritikan Zaid terhadap hukum kanun Islam bukan kali pertama ekoran bekas Presiden parti KITA itu juga pernah mendakwa masyarakat muslim membayar cukai pendapatan lebih rendah berbanding bukan Islam yang tidak membayar zakat.
“Orang Islam yang membayar zakat boleh mendapat kekurangan bayaran bil cukai pendapatan jadi mereka membayar cukai pendapatan lebih rendah,” kata Zaid sebagai respon terhadap kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohamad.
Justeru, Raja Petra menyifatkan kenyataan seumpama ini akan mendapat sambutan hangat dari ahli-ahli DAP lain sekali gus membuka peluang lebih cerah kepada Zaid untuk menduduki kerusi Perdana Menteri dibawah payung DAP.
“Jika Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang dan DAP mendapat jumlah kerusi terbanyak dalam kalangan pembangkang, 70% ahli DAP pasti akan mengundi Zaid sebagai calon Perdana Menteri daripada parti mereka,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Selangor Datuk Abdul Shukur Idrus menggesa Zaid mengimbau kembali tragedi berdarah 13 Mei 1969 yang dicetuskan DAP.
“Kita orang Melayu membaca sejarah. Sejarah DAP pada 13 Mei 1969 masih dalam ingatan orang-orang Melayu. Ketika itu orang Melayu tak perlu dipujuk atau diajak untuk menyertai (DAP). Sejarah itu sudah cukup untuk memberi kesan mendalam kepada orang Melayu.
“Zaid tak mengenang dan mengingati sejarah 13 Mei 1969 yang dicetuskan DAP sedangkan ia sentiasa dalam ingatan orang Melayu,” katanya.
Tambah Shukur lagi, beliau menyifatkan dakwaan Zaid mengatakan orang Melayu tidak berfikiran rasional dalam pelbagai isu sebenarnya berbalik kepada diri Zaid yang tidak berfikiran wajar dengan menyertai DAP.
“Amatlah rugi bangsa saya jika mereka rela diperbodohkan oleh pemimpin mereka. Dimana maruah mereka?
“Sekurang-kurangnya saya cuba untuk mengatasi penyakit yang dialami oleh orang Melayu hari ini. Memberi ruang yang sihat untuk Melayu berfikir secara kritis dan rasional ini menjangkau politik,” katanya.
–UtaraNews
Comments