Bekas KSN Mohd Sidek Hassan ialah orangnya…

Teka teki siapa yang akan jadi pengerusi  Pasukan Petugas Khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an sudah terjawab.
 
Orangnya ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
 
Perlantikan itu diumum oleh satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri petang Rabu.
 
Katanya lantikan itu dipersetujui oleh kabinet.
 
Pasukan berkenaan juga bagi menyiasat sejauh mana terdapat tindakan menyembunyikan (cover up) maklumat kerugian tersebut dan mengkaji kalau ada perbuatan memberi kenyataan mengelirukan mengenainya pada mesyuarat Parlimen.
 
Pasukan tersebut akan mengemukakan syor-syor kepada kerajaan mengenai tindakan susulan termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja, jika perlu, berdasarkan hasil siasatan itu nanti.
 
"Penetapan terma rujukan yang spesifik adalah penting sebagai langkah permulaan bagi mendapatkan fakta-fakta berkaitan termasuk menganalisis semua Penyata Rasmi Mesyuarat Parlimen pada masa itu, minit-minit Mesyuarat Jemaah Menteri terdahulu, Laporan Ketua Audit Negara, dokumen-dokumen BNM dan sebagainya," kata kenyataan itu.
 
Menurut kenyataan itu, siasatan berkenaan akan dijalankan secara telus, bebas dan adil sejajar.
 
Ahli Pasukan Petugas Khas yang lain akan diumumkan dalam masa terdekat yang terdiri dalam kalangan yang berpengalaman, memiliki kepakaran tertentu untuk membantu melaksanakan tugas-tugas penemuan dan penzahiran dokumen-dokumen bagi mendapatkan fakta-fakta sebenar berkaitan urus niaga mata wang asing BNM ketika itu.
 
Mohd Sidek berkhidmat dengan perkhidmatan awam selama 38 tahun termasuk enam tahun sebagai KSN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana