‘TIANG KAYU’ JADI WAKIL RAKYAT, MACAM MANA BOLEH JADI? TANYA RIZAL

Perang mulut antara pembantu isteri perdana menteri Datuk Rizal Mansor dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin nampaknya masih belum reda.
Setelah menggelarkan Yeo sebagai ‘tiang kayu kerana gagal untuk memahami isu-isu yang telah diperjelaskan tentang batasan dari segi Akta Parlimen, Rizal juga menzahirkan rasa hairan mengapa rakyat memilihnya sebagai wakil mereka.
“Dah bagi penjelasan berkali-kali pun masih tak faham, program Permata Negara (PERMATA) diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri disebabkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mempunyai bidang kuasa untuk melaksanakan program bagi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun.
“Di samping itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 telah diberi kuasa berhubung aspek pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan TASKA bagi mematuhi penetapan ciri-ciri piawaian minimum yang merangkumi tahap kesihatan, keselamatan, kebersihan, nisbah pengasuh dan nisbah ruang oleh pusat-pusat asuhan yang berdaftar.
“JKM juga akan meneruskan peranannya sebagai agensi penyelaras bagi menyediakan keperluan latihan tenaga pendidik, pengasuh dan penyelia TASKA berdaftar dengan menggunakan kurikulum dan modul Kursus PERMATA Negara,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Yeo membidas Rizal dengan mendakwa beliau mempunyai ingatan terpilih tentang perbincangan tentang PERMATA,.
“Beliau nampaknya mempunyai ingatan terpilih tentang apa yang telah kami bincangkan tentang PERMATA,” kata Yeo.
Dalam lawatan beliau dan DAP ke PERMATA sebelum ini, jelas Yeo, pihaknya mencadangkan program itu diletakkan bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan bukannya di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Mengulas lanjut, Rizal berkata, pihaknya telah mengamalkan ketelusan sepenuhnya dalam tadbir urus PERMATA dan mana-mana pihak yang mahu memeriksa akaun boleh melayari laman web yang disediakan.
“Soal kenapa tidak ada dalam laporan audit, yang disebut dalam audit hanyalah jabatan yg ada masalah.
“Bila PERMATA tidak disebut dalam laporan audit bererti tadbir urus semua bagus,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana