Jangan Fikir Kedudukan, Tumpukan Tanggungjawab Parti – Najib
Inilah kata kata PM kita supaya Pemimpin Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak memikirkan soal kedudukan, jawatan dan pangkat dalam parti sehingga lupa kepada tanggungjawab untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pemimpin meminggirkan pemikiran sebegitu kerana tidak menguntungkan parti, dan harus mempunyai prinsip kepimpinan BN untuk membantu rakyat.
“Pemimpin BN yang tulen dan berhimpun atas semangat dan prinsip BN. Kalau ada orang yang susah, kita tak tanya dia kaum mana dan warna kulit apa. Siapa yang susah dan wajar dibantu. Pemimpin BN perlu terpa ke hadapan untuk bantu golongan yang susah,” katanya ketika merasmikan Konvensyen BN Selangor di sini.
Beliau yang juga Pengerusi BN Selangor berkata, berkhidmat untuk masyarakat harus dilakukan pada setiap masa dan tidak hanya menunggu ketika musim pilihan raya, baru hendak turun untuk bertemu dengan rakyat.
“Saya tak mahu ada mentaliti tak ada dalam pilihan raya kita dalam kelompok masing-masing. Yang kita kira kedudukan dalam parti, hal jawatan dalam parti, dan juga hal menjadi perwakilan dalam parti. Jangan dalam kepala kita, kita masih dalam mentaliti zaman kita masih kuat, mentaliti itu perlu diubah” katanya.
Najib juga mengingatkan sebagai ahli parti, mereka harus menerima siapa sahaja yang dipilih oleh parti sama ada di kalangan mereka yang masih memegang jawatan atau pun muka baru yang dipilih.
“Jangan kita ada perasaan iri hati dan mensabotaj kepada sesiapa yang dipilih, sama ada orang lama atau muka baru, tanggungjawab kita adalah kepada parti memastikan kemenangan ketika pilihan raya,” katanya.
Menurutnya, setiap laporan harus dihantar dengan secara ikhlas dan jujur, tidak guna menghantar laporan kepada pucuk kepimpinan jika laporan itu tidak menceritakan cerita sebenar apa yang berlaku.
“Tidak guna kita buat laporan sahaja, perlua ada kajian, barulah buat laporan, jangan buat laporan untuk sedapkan hati, saya tahu apa yang berlaku sebenarnya,” katanya
Pada yang sama jugak PM terima 7,000 borang keahlian untuk sertai BN
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima 7,000 borang keahlian untuk menyertai Barisan Nasional daripada bekas penyokong pakatan pembangkang di Selangor pada satu majlis di Shah Alam, sebentar tadi.

Comments