Rafizi jawab sebab tak hadir mesyuarat Biro Politik PKR..

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli 'meletup lagi' selepas mendedahkan kepincangan dalam PKR dengan mendakwa pemimpin atasan yang menganggotai Biro Politik parti itu sering tidak sealiran, malah keputusan yang dicapai juga tidak dihormati.

Menurutnya suasana itu berlaku sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan pada Februari 2015.

“Jika pun telah ada persetujuan di peringkat Biro Politik, jika itu tidak disukai oleh seseorang maka keputusan itu tidak dihormati malah akan dibuka balik di dalam mesyuarat Biro Politik yang seterusnya untuk ditukar kembali,” kata Rafizi, menjelaskan punca beliau tidak hadir mesyuarat badan tertinggi yang menentukan hala tuju parti itu.

Rafizi merujuk pemimpin kanan itu kepada Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali.

Jelasnya, mesyuarat Biro Politik menjadi tempat polemik politik yang berpanjangan tanpa menghasilkan gerakan yang berkesan di bawah.

"Keadaan ini semakin menjadi-jadi dalam isu yang paling sensitif iaitu kerjasama dengan PAS kerana ia melibatkan Kerajaan Selangor. Oleh kerana pandangan Timbalan Presiden ialah untuk terus membuka pintu kepada PAS sehingga ke saat akhir untuk memastikan kemenangan di Selangor, sebarang langkah yang dilihat tidak disukai oleh PAS ditolak.

Katanya keputusan untuk menubuhkan Pakatan Harapan melebarkan lagi perbezaan pendapat antara beliau dan Azmin.

Rafizi turut memberikan dua contoh bagaimana pimpinan kanan PKR membelakangi keputusan Biro Politik, iaitu ketika pilihan raya Sarawak pada Mei tahun lalu, di mana keputusan mengekalkan persetujuan pembahagian kerusi di kalangan anggota PH yang ditandatangani Azmin sendiri diabaikan.

Rafizi berkata penyertaan PH dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar tahun lalu untuk membantu calon PAN turut dilengah-lengahkan, memaksanya mengeluarkan arahan selaku setiausaha agung ketika itu supaya jentera parti turun membantu PAN “tanpa menunggu keputusan Biro Politik yang tidak kunjung tiba”.

Semalam, Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin menyelar Rafizi kerana mempersoalkan keputusan parti untuk mengadakan rundingan dengan PAS, dengan berkata beliau sudah lama tidak hadir dalam mesyuarat Biro Politik.

Rafizi berkata beliau bertindak demikian kerana mahu mengelakkan sebarang perbezaan pendapat “berpanjangan” yang menurutnya “membantutkan persediaan parti menjelang PRU14”.

Rafizi menyifatkan pimpinan atasan PKR berpecah dalam isu sama ada parti itu perlu berunding dengan PAS, walaupun parti Islam itu bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan dan sudah pun memutuskan sebarang kerjasama dengan parti.

Rafizi turut menamakan pemimpin yang pro dan kontra dalam soal menjalinkan kerjasama dengan PAS, dan berkata kekeliruan itu hanya boleh diselesaikan sekiranya isu itu diserahkan kepada akar umbi parti dalam kongres khas.

Cadangan itu bagaimanapun ditolak pemimpin PKR yang dilihat tidak sehaluan dengan Rafizi, termasuk Azmin, yang sebelum ini mempertahankan usahanya berunding dengan PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana