PKR komited pada Pakatan Harapan, 'diam' mengenai PAS

PETALING JAYA: Mesyuarat biro politik PKR berlangsung selama tiga jam hari ini namun parti itu tidak mengumumkan sebarang keputusan berhubung kerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam kenyataan satu perenggan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dibacakan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata PKR komited mengukuhkan Pakatan Harapan (PH).

"Biro politik PKR  hari ini telah mengadakan mesyuarat mingguan dan telah membuat ketetapan bahawa PKR  komited kepada usaha memperkukuh Pakatan Harapan serta menyusun strategi untuk menewaskan UMNO-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14," kata Fahmi membacakan kenyataan Azizah itu.

Fahmi kemudiannya ditanya lanjut mengenai apakah pendirian PKR terhadap PAS pada ketika ini?

"Saya fikir kita akan lihat situasi dengan sewajarnya," katanya.

Hala tuju rundingan bersama PAS pada ketika ini semakin menimbulkan tanda tanya apabila kelibat beberapa pimpinan tertingginya tidak kelihatan.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan naib presidennya, Rafizi Ramli yang bercanggah pendapat mengenai rundingan bersama PAS, tidak hadir pada mesyuarat hari ini.

"Ada ramai lagi pimpinan tak datang, bukan saja Datuk Seri Azmin Ali," kata Fahmi yang ditanya mengenai ketidak-hadiran Azmin.

Azizah ketika keluar daripada bangunan ibu pejabat PKR terus meluru ke keretanya dan enggan mengulas lanjut soalan pemberita.

"Kenyataan saya sudah dibacakan, malam ni saya nak pergi tengok bola. Selamat maju jaya kepada pasukan Malaysia. Malaysia menang malam ni Insya-Allah," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Kenyataan ringkas itu membayangkan PKR gagal menyelesaikan kemelut yang mencetuskan perbalahan serius di kalangan pemimpin parti itu.
 
Azmin sebelum ini dicanang sebagai pemimpin utama yang mahu menjalin kerjasama dengan PAS untuk memastikan saingan dua penjuru menentang BN.

Beliau dikatakan memperolehi mandat Wan Azizah dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim namun usaha itu ditentang oleh Rafizi dan beberapa pemimpin lain termasuk Setiausaha Agong PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Kem Rafizi menegaskan parti itu harus memberi komitmen penuh kepada Pakatan Harapan yang merangkumi PPBM dan dua musuh utama PAS, iaitu Amanah dan DAP.

Semalam pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pakatan pembangkang itu tidak akan bekerjasama dengan PAS dan bersedia menghadapi saingan pelbagai penjuru pada pilihan raya umum ke-14.

Azmin sebelum ini menolak desakan Rafizi mahukan PKR mengadakan sebuah kongres khas untuk memutuskan sama ada terus berusaha menjalin kerjasama dengan PAS atau sebaliknya.

Rafizi mendakwa cubaan pemimpin PKR memulihkan kerjasama politik dengan PAS sebagai hanya mengelirukan akar umbi PKR dan membelakangkan Pakatan Harapan.

Beliau juga mengesahkan hubungannya dengan Azmin semakin buruk.

"Keputusan untuk menubuhkan Pakatan Harapan (yang mana saya menjadi tulang belakangnya sebagai Setiausaha Agung pada ketika itu) melebarkan lagi perbezaan pendapat antara saya dan Timbalan Presiden," kata Rafizi.

Rafizi menjelaskan beliau memulau mesyuarat Biro Politik sejak tahun lalu kerana hilang keyakinan ke atas keupayaan jawatankuasa itu menguruskan kepentingan parti.

"Mesyuarat Biro Politik menjadi tempat polemik politik yang berpanjangan tanpa menghasilkan gerakan yang berkesan di bawah.

"Keadaan ini semakin menjadi-jadi dalam isu yang paling sensitif iaitu kerjasama dengan PAS kerana ia melibatkan kerajaan negeri Selangor.

"Oleh kerana pandangan timbalan presiden ialah untuk terus membuka pintu kepada PAS sehingga ke saat akhir untuk memastikan kemenangan di Selangor, sebarang langkah yang dilihat tidak disukai oleh PAS ditolak," ujar Rafizi

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana